PingJe

Friday, February 3, 2012

Sabar itu hanya kerana ALLAH S.W.T

Baru sahaja melepasi tahap dukacita dalam menempuh kehidupan di bumi Jengka ini. Rasa macam tidak percaya kerana ada segolongan manusia yang berpelajaran tinggi, berkereta besar dan berpangkat besar boleh mempunyai sifat iri hati, dengki dan tidak suka akan kejayaan orang lain yang hanya bekerja di bawah mereka.


Setakat cakap-cakap belakang tak guna guna juga kalau "statement" yang diguna pakai untuk menunjukkan perasaan marah tu sangat lah "shallow" dan "obnoxious" bagi saya.




Kalau ada yang tak puas, tegur lah... beri pendapat secara jujur. Kalau diam dan tarik muka, dan lepas tu sebar kat orang ramai... bukan boleh selesai pun. Betul tak?

Tak mengapalah... Allah tu ada, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Lagi pun, nasihat daripada sahabat-sahabat baik :

1.  Buat tak tau je... anggap iklan bodoh dalam hidup

2.  Buat tak tahu je ... bagi dia sesuatu yang hebat untuk menyindirnya secara halus.

3. Buat tak tahu je ... biar diorang sakit hati sebab kita tak bersuara secara kasar.

Mak pun dah pesan: 
Terlajak kata takkan boleh undur. Biar orang yang mengata kita... kita jangan balas dengan perkataan yang kasar dan biadap. Mungkin kita terpaksa bekerja dengan mereka dalam jangka masa yang lama. Biar mereka yang malu sendiri.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...