PingJe

Tuesday, February 21, 2012

Menerima ketentuan

Minggu lepas agak sedih bagi saya... dua orang anak didik saya telah kehilangan ayah tersayang dalam minggu yang sama hanya selang beberapa hari. Agak sedih kerana: pergi secara tiba-tiba akibat kecuaian orang lain dan pergi jua setelah menempuh penyakit yang telah lama bersarang di badan.


Bagaimana agaknya perasaan mereka? Semester terakhir... peperiksaan terakhir...tidak sempat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir...Tidak dapat saya gambarkan perasaan mereka berdua.

Hanya Al-Fatihah buat yang telah pergi.

Saya mungkin tidak dapat menyelami hati dan perasaan mereka yang telah kehilangan insan tersayang, namun saya hanya mampu berdoa moga hati mereka lebih tabah kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Setiap ujian itu tanda Allah S.W.T sayang akan kita. Sentiasalah redha walau apa yang berlaku dalam hidup kita kerana kita akan lebih dekat kepada Allah S.W.T.

InsyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...