PingJe

Monday, February 6, 2012

Memudahkan tugas ibu di bilik air....

Sebenarnya saya lagi suka memandikan bayi saya di sinki. Tapi dia makin membesar dan saya lupa bagaimana cara untuk memandikan bayi kecil di bilik air...maklumlah, anak kembar saya dah berusia 7 tahun baru lah saya mendapat seorang cahayamata lagi...:)

Jadi, saya bertanyakan kepada sepupu yang menghantar anaknya di nurseri...jawapannya agak mudah kerana rupa-rupanya lapik besen bayi ada dijual berasingan dan boleh diletak di lantai bilik air. Strukturnya memang sesuai untuk kulit bayi yang lembut berbanding lapik lantai bilik air yang lain.

Jenama Pureen (RM 8.90)




Untuk cubaan, saya membeli satu terlebih dahulu... memang puas hati kerana Ardini boleh diletakkan di atas lapik tersebut tanpa berasa sejuk. Seronok memandikan dia yang sudah boleh meniarap tanpa perlu risau tergelincir sewaktu menyabunkan badannya....dan yang bagusnya, cengkaman lapik getah ini memang kuat dan tak perlu risau akan lapik ini tergelongsor dari permukaan lantai.

Untuk ibu-ibu yang takut memandikan bayi seperti saya...cubalah pelapik sebegini yang ada dijual di kedai-kedai barangan bayi. Harga tertakluk kepada jenama barangan tersebut. Boleh dibeli dalam kuantiti yang diperlukan oleh anda sekeluarga....( Macam iklan la pulak....heheheh)



2 comments:

Mommy Brella said...

have to get this for myself too! hehe

sophietarmizi said...

hehehe.....yup...a small thing with a great help...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...