PingJe

Thursday, February 9, 2012

Melepasi Fasa ke-2

Alhamdulillah...hari ini 9 Feb 2012 genaplah usia perkahwinan kami selama 10 tahun. Pejam celik, pejam celik...tak sangka sudah genap 10 tahun kami mengharungi pahit getir...suka duka...kehidupan berumahtangga.

Tak sangka juga kami dapat melepasi fasa ke-2 dengan penuh kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama meneruskan kehidupan kami sebagai suami isteri dan juga ibu bapa kepada 3 orang cahayamata kami.

Bagi mereka yang baru sahaja berumahtangga... sentiasalah bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing;   sentiasalah berkomunikasi dengan pasangan kerana tiada gunanya terlalu berahsia kerana pasangan itu mempunyai hak ke atas diri kita sebaik sahaja akad dilafazkan. Seperkara yang saya pelajari...tak guna suka merajuk dengan suami kerana sudah fitrah mereka lebih suka kalau kita berterus terang jika kita mempunyai masalah atau pun terasa dengan tingkah laku mereka.



Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa sabar, taat, dan hormat kepada suaminya. Suami yang terbaik merupakan teman yang paling baik untuk isteri ketika dia berasa susah hati, berdukacita dan perlukan sokongan. InsyaAllah...syurga itu menanti bagi setiap hamba yang patuh dan taat kepada suruhan Nya semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau pun isteri.

Buat suami...
                   Terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini. Terima kasih di atas
                   sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang
                   setia di kala jiwa ini berkecamuk dengan pelbagai dugaan hidup. Terima kasih kerana
                   membimbing saya menjadi insan yang lebih baik...dan terima kasih kerana bersusah payah
                   membesarkan anak-anak yang sangat banyak kerenahnya....

Selamat ulangtahun yang ke 10...mudah-mudahan kita akan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Nya....

1 comment:

midonz said...

Tiada hadiah fency2 yang mampuku berikan untuk isteriku, terima kasih kerana mengerti kekurangan yang ada pada diri ini.Walau tak sehebat Pembesar Negara tapi saya sedaya upaya cuba membahagiakan dirimu & anak2.Terima kasih kerana menjadi suri hidup dalam diri ini.Ampun maaf zahir batin.
Anda free, meh jenguk tinta midonz pulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...