PingJe

Friday, February 10, 2012

Kali pertama...

Buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya terpaksa membuat pemantauan ke atas rakan sejawat saya. Rasa macam...semacam je. Mana pernah memantau / mencerap orang lain...dipantau oleh pentadbir tu perkara biasalah kan.

Berbalik kepada cerita saya... kali pertama ini membuka mata dan minda saya - walaupun yang muda mencerap golongan 'senior' tapi dek kerana jawatan saya sebagai Penyelaras PPSMI membuatkan saya berasa sedikit segan untuk membuat pemantauan. Mana tidaknya, tidak sampai setahun menjadi warga kerja Kolej Matrikulasi, saya diarahkan memegang jawatan yang agak penting. Dan tidak sampai setahun memegang jawatan, saya diarahkan membuat pemantauan terhadap semua pensyarah PPSMI yang lebih senior daripada saya.

Hajat di hati... keluar daripada sekolah, tidak ingin memegang jawatan apa-apa yang penting atau berkaitan dengan pengurusan. Tapi...hmmm...nak bantah pun tiada kuasa. Terpaksalah memegang jawatan yang diarahkan dalam skop tugas.

Kali pertama dalam hidup saya... saya terpaksa membuat komen positif dan negatif terhadap rakan sekerja yang lebih dulu makan garam daripada saya. Hmmm....susah nak kata kerana ini adalah kali pertama...

2 comments:

Mommy Brella said...

chayok kat sophie!

sophietarmizi said...

Mommy Brella:

heheheh....thnx sis...ketar lutut gak nih...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...