PingJe

Monday, January 23, 2012

Perangai ibu bapa...

Terlalu banyak perkara yang kita lakukan sebagai ibu bapa sedikit sebanyak akan ditiru oleh anak-anak yang semakin membesar. Ada yang baik dan ada yang buruk... Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berlaku dalam sesebuah keluarga yang boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak yang meningkat usia dari zaman kanak-kanak ke dewasa.


1.  Tidak SOLAT tapi mengerjakan   
  amalan-amalan lain:
     SOLAT itu tiang agama. Kalau tidak solat, runtuhlah tiang iman dan agama kita. Walaupun puasa, bayar
     zakat dan sebagainya... tidak lengkap amalan kita tanpa solat.



2.    Jangan membazir makanan:
      Ambil setakat yang mampu dimakan pada satu-satu masa. Ada ibu bapa yang tidak mahu menghabiskan
      nasi di pinggan dan membuangnya tanpa rasa bersalah. Atau pun menambah nasi di pinggan anak-anak
      sehingga mereka berasa tidak mampu menghabiskan nasi tersebut. Jalan mudah...buangkan saja nasi yang
      tidak habis. Pembaziran itu amalan SYAITAN!!!!

3.  Tidak menutup AURAT:
     Memanglah kubur tu lain-lain, tapi ingat-mengingati tu tak salah. Ibu yang tidak menutup aurat akan
     menunjuk contoh yang tidak baik kepada anak-anak gadisnya. Maka perkara ini akan berterusan kecuali
    si anak mendapat hidayah daripada Yang Esa. Tak payah lah cakap "Belum terbuka hati nak tutup aurat..."
    Kasihan pula pada si suami / si bapa... sia-sia menanggung dosa ahli keluarganya yang tidak tutup aurat.

4. Lambat dalam segala hal:
    Jangan memarahi anak kalau tingkah laku mereka agak lambat (bahasa kasarnya LEMBAB). Tengok dulu
   diri kita sebagai ibu bapa...pernahkah kita melengah-lengahkan sesuatu kerja? Hmmm...kuah tetap akan
   tumpah ke nasi.

5. Suka mencarut:
    Yang ini memang satu perangai yang paling tidak disukai. Bila memarahi anak, segala benda yang dalam
    kain habis disebutnya; baik si ibu atau si bapa. Anak-anak yang biasa mendengar perkataan buruk
    sedemikian mudah untuk mengikutnya tanpa mengetahui makna sebenar sehinggalah mereka besar kelak.
    Jagalah mulut anda...

6. Suka menyumpah:
    Ini lagi satu perangai yang tidak elok yang masih ada lagi dalam kalangan ibu bapa moden. Kalau anak
   gagal, sedap je kata anak tu BODOH, walhal kalau genetik sebegitu ditambah pula sikap ibu bapa yang
   tidak mahu ambil tahu akan pembelajaran anak-anak, maka tidak mustahil lah anak itu akan tetap sebegitu.
    Maka, perlulah ibu bapa itu sentiasa menyebut perkataan-perkataan yang baik untuk merangsang minda
    anak-anak. Belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam, inikan pula otak anak-anak yang masih
    muda dan mampu meresap ilmu dengan mudah.

7. Suka bergaduh depan anak-anak:
    ...sambil membaling barang-barang, mengeluarkan kata-kata kesat, memukul pasangan atau pun memukul
    anak-anak yang tidak faham punca pergaduhan ibu bapa. Hal ini amatlah tidak wajar dilakukan terhadap
    keluarga. Ingatlah bahawa anak-anak punya mata, hati dan perasaan...jangan nanti mereka menyimpan
    dendam terhadap ibu bapa.

Banyak lagi perkara-perkara yang tidak elok dilakukan di hadapan anak-anak, dan sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa memastikan kita telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan hidup kita sekeluarga. Ingatlah...anak-anak ini ibarat kain putih, kita lah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka sehinggalah mereka mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...