PingJe

Sunday, January 1, 2012

Jengka oh Jengka Ep 4

Sudah masuk tahun baru. Hati saya masih gusar. Mana tidaknya...susah sangat nak cari pengasuh Ardini yang baru mencecah 6 bulan. Bukan tidak mahu menggunakan khidmat nurseri / taska...tapi saya kurang yakin. Kalau Ardini sudah setahun lebih, mungkin kegusaran itu agak kurang.

Pengasuh yang sedia ada tidak berapa sihat. Atas dasar peri kemanusiaan, saya segera mencari pengasuh baru. Susah jugalah untuk mencari pengasuh.

Akhirnya...terima kasih kepada Leen (Pelajar SMK Seri Garing) kerana memperkenalkan neneknya yang masih lagi kuat dan gagah untuk mengasuh Ardini. Terima kasih juga kepada Faisal (E1P4) dan Hatta (Maaf ye kalau salah ejaan) kerana menemani saya mencari rumah Tok minggu lalu.

Walaupun lokasinya agak jauh dari Kolej, tapi saya berharap sangat agar Ardini diasuh macam cucunya sendiri...InsyaAllah. Hati saya semakin tenang...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...