PingJe

Thursday, January 5, 2012

Hari Pertama...SK Jengka Pusat 2

Kali pertama saya bangun seawal 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekalan si kembar. Rupa-rupanya beginilah rutin harian seorang ibu sepenuh masa. Sebelum ni, saya hanya bekalkan wang saku tanpa menyediakan sarapan...bahagia sangat dapat penuhi kehendak si kembar.

Gelagat anak-anak pada hari pertama persekolahan memang seronok dilihat. Tak kurang juga ada ibu bapa yang stress akibat gelagat anak-anak yang 'terlampau'.


Nasib baik si kembar ni sangat senang untuk dihantar ke sekolah : tak meragam, tak menangis, malah tenang sahaja melangkah menuju ke kelas baru. Suasana baru...rakan baru...cikgu baru...tapi si kembar langsung tidak menunjukkan tanda-tanda takut atau stress....saya pula yang risau. Hmm...perasaan seorang emak.

Sekolah baru...pelajarnya mungkin seratus lebih sahaja. Guru-gurunya pun sangat peramah, suasana sekolah sangat tenang dan sangat ceria. Padang yang luas dan taman-taman indah sangat mendamaikan...

Balik saja dari sekolah....mereka terus bercerita tentang sekolah baru, rakan baru dan juga guru baru. InsyaAllah...kami akan cuba untuk menjadi sebahagian warga Jengka...

1 comment:

midonz said...

Alhamdulillah mereka mudah bergaul dgn kawan2 baru.. semoga tabah buat si ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...