PingJe

Wednesday, January 25, 2012

Fahami Inggeris dengan bahasa Melayu....

Sebagai guru Bahasa Inggeris, saya agak tertarik dengan status sahabat baik saya Nas... yang meluahkan pendapatnya berkenaan artikel yang boleh anda layari di :

www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Pada pendapat saya... Bahasa Inggeris itu agak senang dipelajari jika dipelajari dari kecil hingga dewasa. Yang menyukarkan pembelajaran itu adalah sikap segelintir pelajar yang menganggap BI itu amat sukar difahami lantas mengambil jalan mudah tanpa mahu cuba menguasainya terlebih dahulu. Maka, apa yang berlaku di sekolah-sekolah rendah atau menengah kini sangat membimbangkan kami sebagai guru.



Baru-baru ini, terdapat artikel di dada akhbar mengatakan ada segolongan pelajar lepasan SPM yang masih tidak tahu membaca. Adakah salah guru? Saya berani mengatakan bahawa ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak belajar dari kecil hingga dewasa. Namun, ada juga ibu bapa yang menganggap tugas itu harus diserah bulat-bulat kepada guru di sekolah. "Apa guna kalau anak dihantar ke sekolah kalau bukan untuk diajar?"  Saya sudah lali akan soalan sedemikian yang seringkali diajukan oleh ibu bapa yang memang sibuk mencari rezeki duniawi tanpa mengendahkan keperluan anak-anak.

Saya sebagai ibu turut diuji oleh Allah S.W.T ketika kembar berusia 6 tahun di mana mereka masih lagi tidak mampu membaca dengan betul walaupun dihantar ke tadika sejak berusia 5 tahun lagi. Saya tidak menyalahkan guru mereka kerana setiap pelajar itu ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Alhamdulillah, selama beberapa bulan menjadi 'guru tadika' di rumah, mereka sudah mampu membaca walaupun kurang lancar. Kini... mereka tidak lagi menghadapi masalah di sekolah rendah kerana masalah mereka dikenalpasti dari awal lagi.

Berbalik kepada usaha Dr. Noorizah Mohd Noor dan Dr. Rosniah Mustafa yang mempunyai cara tersendiri untuk memberi bimbingan kepada individu yang ingin mempelajari BI dengan cepat dan berkesan, saya sangat menghargainya. Cuma apa yang saya bimbangkan, adakah individu-individu tersebut boleh menguasai bahasa tersebut dengan baik tanpa perlu menterjemahkan setiap patah perkataan sama ada dari BM ke BI atau BI ke BM? Ini kerana, kebanyakan pelajar di sekolah atau pun institusi pengajian tinggi lebih cenderung menterjemah setiap patah perkataan dengan bantuan Google Translation. 


Kini, usaha GURU-GURU BI akan kurang 'khasiatnya' kerana pelajar-pelajar itu sudah mampu menterjemah dari BM ke BI tanpa perlu bersusah payah memahami struktur ayat, penggunaan 'tenses' dan sebagainya. Dan mungkin juga, akan banyaklah karya-karya pelajar hasil plagiat dari sumber-sumber di internet apabila mereka perlu memberikan 'citations' atau 'quotations' untuk 'assignments' yang perlu dihasilkan menggunakan BI 100%.


Tidak mustahil juga ketika membuat 'presentation' di hadapan pensyarah, bos, atau pun klien pada masa akan datang, mereka akan tergagap-gagap ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan berkaitan 'presentation' mereka itu... iya lah, mana sempat nak merujuk buku tersebut atau pun nak guna Google Translation kan? Sendiri mahu ingat lah....


Ini cuma pendapat peribadi saya... terpulang kepada pendapat masing-masing...







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...