PingJe

Sunday, January 8, 2012

Dibawa lari...

TV Sharp 14', Almari pakaian 3 pintu, Meja solek, 2 buah radio Panasonic, 3 buah rak buku rendah, cadar katil Muqri, lesung batu, cerek besar, pisau kecil, tilam queen...



Itu adalah sebahagian daripada barangan dalam rumah kami di Rawang yang telah 'selamat' dibawa lari oleh sekumpulan manusia yang tidak bertanggungjawab yang tinggal tanpa membayar sewa selama 2 bulan. Setelah diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah kami, keluarga tersebut memang 'mengosongkan' rumah kami dalam tempoh satu malam sahaja.





"Ada RM 50 saja dalam poket saya," rayu penyewa tersebut.

"Rasa terkejut...pindah masuk hanya menggunakan 2 buah lori. Pindah keluar...3 buah lori," adu seorang jiran yang baik dengan kami.


Semalam, darah kami mendidih apabila penyewa baru memaklumkan bil air tertunggak selama 2 bulan tersebut berjumlah RM 211.95. Rasa macam nak tumbuk orang saja semalam.

Bila api pula..RM 50.70.
Jumlah perlu dibayar : Sewa RM 600.00, Air RM 211.95, dan api RM 50.70 = RM 862.65

Tapi.... setelah menggugut untuk membuat laporan polis : Rompakan ke atas rumah kami; barulah dia membayar RM 200.00 sahaja. Itu pun setelah saya malas nak layan perangai buruk penyewa yang merayu-rayu, bermuka-muka meminta belas kasihan.

Semalam, kemarahan saya telah sampai ke puncak. Walaupun dia lagi TUA daripada kami, saya telah membuktikan bahawa yang benar itu tetap benar. Rayuan demi rayuan langsung tidak saya pedulikan. Kalau dibenarkanlah...memang dah lama saya tendang penyewa tersebut!!!!

Dasar orang tak kenang diuntung!!!



7 comments:

WAN1 said...

sabar separuh drpd iman teacher :)

sophietarmizi said...

mmg tgh sabar masa tu, kalau x, memang dh jadi hulk dh....hahahah

Hajar Raffar said...

Weh dasat org tuh!! ko buat report polis je tak yah nak nego2. tu dah kira merompak. Org mcm tuh kalau x bagi pengajaran dia akan buat kat orang lain lak. Learn from the best beb!

Danish Fever said...

untunglh dpt cubaban.. yg meguji kesabaran..

sophietarmizi said...

hajar: mmg, nak repot dh...dh ugut dia hr tu...nasib baik dia byr duit aku....skang ni tgh tunggu byrn sewa trtunggak 2 bulan....

Danish: yup...a lesson to be learned...

Tini said...

bayar duit sewa aje? brg2 ko yg dia dh rompak tu kira mcm mana? kira dia nk beli secara pukal ke babe??

sophietarmizi said...

Tini: tu la...kitorang mmg nak report je ni, tp tunggu dia bayar dulu hutang kitorg....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...