PingJe

Sunday, December 4, 2011

Si Penyewa Rumah...

Rasa macam nak naik angin saja bila melihat keadaan rumah kami di Rawang yang ditinggalkan sang penyewa rumah yang gagal melunaskan bayaran sewa selama 2 bulan. Sudahlah beberapa barang kami diangkut pergi, bayaran api dan air pun diminta tangguh bayarannya.



Suami saya hampir mengeluarkan bahasa yang tidak sepatutnya dia keluarkan. Terpancar kemarahan di wajahnya ketika dia sama-sama mengemaskan rumah yang ditinggalkan sang penyewa yang langsung tidak bertanggungjawab.

Mujurlah kesabaran kami berada dalam tahap yang maksima...:)

Saya ingin berkongsi pengalaman walaupun baru menjadi tuan rumah:

1.     Sediakan satu perjanjian sewaan rumah...Ditandatangani oleh tuan rumah, penyewa dan saksi. (Mujur
        kami menyediakannya sebelum menyewakan rumah kepada sang penyewa rumah).

2.     Kalau boleh, lantik seorang agen yang sangat anda percayai...memudahkan anda menerima sewa bersih
        tanpa perlu bergegas ke rumah sewa - maklumlah, penyewa ni macam-macam ragamnya.

3.    Jangan benarkan memaku di dinding sewenang-wenangnya. Habis rumah berlubang sana-sini.

4.    Tetapkan syarat bayaran pada tarikh yang dipersetujui bersama. (Kalau ada penangguhan bayaran,
       hanya setakat 2 kali sahaja...selepas itu, dengan hormatnya silalah keluar dari rumah ya...)

5.    Jika ada sebarang kerosakan di rumah, tuan rumah perlu membaikinya sendiri - jangan sekali-kali
       menyuruh penyewa membaikinya dan menolak dari wang sewa. Tindakan yang kurang bijak...(Mujur
       kami tidak membenarkan sang penyewa membaiki apa-apa pun di rumah kami...)

6.   Jangan membenarkan penyewa menyewa tanpa membayar deposit rumah, api dan air.

7.   Jika memberi notis keluar rumah, beri tempoh dalam masa sebulan sebelum penyewa keluar rumah.
      Pastikan penyewa tidak membuat 'sesuatu' yang buruk ke atas rumah anda. Buatlah 'kunjungan' mengejut.

Pengalaman merupakan sesuatu yang berharga. Jika anda menyewa rumah orang lain, ingatlah bahawa itu bukan rumah anda...jagalah dengan sebaiknya. Jika anda merupakan tuan rumah, bertindaklah dengan adil dan janganlah terlalu memberi muka kepada penyewa. Semua orang ada masalah tersendiri, tapi jangan sengaja membuatkan orang lain menyimpan amarah mereka terhadap anda...!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...