PingJe

Saturday, December 31, 2011

Senarai Semak 2011

Esok...2012 akan menjelma. Maka, sudahkan anda selesaikan apa yang patut diselesaikan pada tahun 2011? Sila semak senarai di bawah: (Tanda yang mana perlu)

1.  Kerja-kerja berkaitan : Bonus dah dapat, prestasi anda macam mana? Meningkat / Menurun / Ikut mood?

2.  Hubungan dengan rakan sekerja : Ada tak tarik muka / masam-masam / gaduh-gaduh / teman tapi mesra ?

3.  Hubungan dengan suami / isteri : Baik kah / dilambung ombak kah / sedang-sedang saja ?

4.  Hubungan dengan anak-anak : Mesra kah / rapat kah / semakin menjauh ?

5.  Hubungan dengan majikan : Bertambah baik / susah nak cakap / nanti lah difikirkan...

6.  Hutang piutang : Hampir selesai / tengah sakit kepala / usaha demi keluarga

7.  Amalan seharian : solat 5 waktu / zakat pendapatan / zakat harta / sedekah / ganti puasa / fidyah puasa / 
                                amalan-amalan sunat yang lain (anda semak la ye...)



InsyaAllah... hidup ini sementara. Perlu sentiasa menyemak kehidupan seharian supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Mungkin senarai semak anda lebih panjang. Terpulanglah kepada anda untuk mengemudikan kehidupan anda sendiri... Selamat Menempuh setahun lagi dalam kehidupan anda...

Walaupun Awal Muharram sudah berlalu...saya tetap ingin mengucapkan 2 set ucapan Tahun Baru....



Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam lingkungan Rahmat Allah S.W.T...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...