PingJe

Monday, December 26, 2011

Puasa...

Alhamdulillah....

Rasa lega sangat bila sudah cukup menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana ketika itu saya masih berpantang. Hanya sempat mengerjakan 9 hari sahaja pada Bulan Ramadhan yang lepas.

Memang sudah menjadi kebiasaan saya dan suami untuk berpuasa sebaik sahaja masuk hari ke-2 di Bulan Syawal (Jika tiada apa-apa yang menghalang).Terima kasih kepada suami saya yang menggalakkan saya berpuasa 6 hari pada Bulan Syawal...maklumlah, sebelum berkahwin, liat sikit nak puasa enam.



Berpuasa bagi ibu yang menyusukan anak amatlah mencabar. Saya ada juga bertanyakan bagaimana untuk kekal segar kerana apabila anak itu menyusu, kita akan kekurangan sedikit air dalam tubuh dan juga mudah berasa letih dan dahaga.

Ramai teman-teman mengesyorkan:

1.  Makan nasi dalam kuantiti yang diperlukan tubuh sewaktu bersahur.
2.  Minum air kosong banyak sedikit berbanding air manis.
3.  Makan buah kurma.
4.  Ambil buah-buahan yang mengandungi air yang banyak.
5.  Berehat secukupnya.

Ada beberapa perkara yang suka saya kongsikan:

1.  Jangan tunggu sehingga hampir Bulan Ramadhan baru
      hendak qadha puasa yang lepas.
2.  Puasa ganti yang dibuat bersama puasa Enam di Bulan
     Syawal banyak manfaatnya.
3.  Jika ibu menyusukan anak, gantilah puasa secara tidak
     berterusan. Jika mampu, teruskanlah.
4.  Dan...jangan tidak ganti langsung....

Selamat beramal...hidup kita ini hanya kerana Allah S.W.T....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...