PingJe

Friday, December 23, 2011

Kenapalah....

Kenapalah...
Ada orang yang suka cakap ikut suka
Suka sangat main hentam saja.

Kenapalah...
Kalau bercakap tu tak toleh kiri kanan
Main ikut sedap bahasa dan gaya badan.

Kenapalah...
Kalau berjanji sukar untuk ditepati
Padahal sering memuji diri sendiri.

Kenapalah...
Katanya belajar terlalu tinggi
Tapi perlukah meninggikan diri?

Kenapalah...
Gemar mencari kesalahan orang
Sedangkan diri sendiri pun banyak kekurangan.

Kenapalah...
Berlagak pandai dan cekap
Sedangkan hanya reti bercakap.

Kenapalah...
Perlu menegak benang yang basah
Kalau nak menghulur bantuan pun susah.

Kenapalah...
Katanya berilmu tinggi
Tapi lagak dan gaya macam syok sendiri.

Kadang-kala hidup ini di atas,
Kadang-kala ia di bawah,
Kalau lah kita sentiasa menindas,
Kelak hidup akan sentiasa susah.

Biarlah senyuman sentiasa di bibir,
Walau hati ini hampir menangis,
Kerana bahagia itu terlalu hampir,
Dan kerana ia tidak layak ditangis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...