PingJe

Sunday, December 25, 2011

Bukan mudah...

Bukan mudah menjadi anak...

1.  Kena perlu sentiasa hormatkan kedua ibu bapa dan kaum keluarga.
2.  Kena sentiasa peka akan keperluan keluarga.
3.  Kena selalu menjaga nama baik keluarga.
4.  Kena sentiasa mendapat izin daripada ibu dan bapa dalam
     segala hal...


Tapi...yang selalu berlaku...

1.  "Ada aku kisah? Hal aku...aku lah yang jaga. Ala...kubur lain-
     lain kan. Masing-masing jaga hal sendiri la.."
2.  "Nak berseronok pun tak bagi! Aku nak jugak merasa
      kebebasan!"



Bukan mudah menjadi ibu...

1.  Sentiasa memenuhi keperluan keluarga sebelum keperluan sendiri dipenuhi.
2.  Bersengkang mata menjaga ahli keluarga yang jatuh sakit.
3.  Berusaha untuk memuaskan hati suami, keluarga suami, hati anak-anak dan ibu bapa sendiri.
4.  Diri sendiri seringkali terabai.

Tapi...adakalanya ini berlaku...

1.  "Suami aku curang...aku pun boleh curang jugak..."
2.  "Asyik korang je melantak makanan...aku nak jugak makan sedap-sedap."
3.  "Penat la kerja...nak jaga korang siang malam pulak! Asyik demam je..."

Bukan mudah menjadi bapa...

1.  Penat bekerja mencari wang...demi kebahagiaan dunia.
2.  Berusaha siang malam mencari rezeki dan membuat beberapa jenis pekerjaan.
3.  Membantu isteri menguruskan rumahtangga..
4.  Membeli sesuatu ... penghargaan buat si isteri yang setia dan bertanggungjawab.

Tapi, ada juga kes sebegini...

1.  "Ish...dah dalam Islam tu poligami dibenarkan! Itu hak suami untung pasang empat!"
2.  "Kalau tak larat beranak ramai... izinkan aku kahwin lain. Aku kahwin ni pun nakkan ramai anak!"
3.  "Aku bagi duit pun dah cukup...asyik nak mintak macam-macam. Ingat aku ni cop duit ke?"
4.  "Hah...menjawab! Aku tangankan baru kau tahu...."

Maka...bukannya mudah menjadi insan yang sempurna. Cuma sentiasalah peka akan kehidupan di sekeliling kita. Apa tujuan kita di muka bumi ini? Mengapa kita dijadikan sebagai lelaki / perempuan? Mengapa perlu menyembah Allah S.W.T yang satu?

Hakikatnya... kita semua sedar akan kekhilafan diri sendiri, tetapi tidak semua yang sanggup berubah ke arah kebaikan. Berhati-hatilah ketika menuturkan sesuatu kerana kadang-kala tanpa sedar percakapan kita mungkin menyinggung perasaan orang di sekeliling kita.

Bukan mudah untuk hidup di muka bumi ini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...