PingJe

Sunday, November 6, 2011

Pulut Pagi


Resepi ni belajar dengan mak tersayang....


Bahan A
7     cawan beras pulut (basuh dan rendam semalaman)

Bahan B
2     cawan santan pekat
1/2  cawan air
1     sudu teh garam
Panaskan atas api kecil...jangan sampai mendidih

Cara-cara membuatnya:


*** Panaskan air di dalam periuk kukus terlebih dahulu sehingga mendidih.

1.Kukus beras pulut. Dalam 10 minit - 15 minit...ambil sedikit dan rasa. Jika rasanya lembut dan
   tidak terasa beras, boleh diangkat.

2. Tuangkan ke dalam besen. Gaul Bahan B bersama pulut tadi ... masukkan santan sedikit demi sedikit
    sehingga digaul sebati.

3. Kukus semula pulut yang digaul dengan santan tadi sehingga masak - anggaran masa 10 - 15 minit lagi,
    sehingga benar-benar masak dan lembut rasa pulutnya.

Dicicah dengan inti kelapa manis:

1   biji kelapa diparut - ambil putih sahaja.
1   ketul gula melaka (dipotong-potong)
Sedikit garam
Sedikit gula pasir
Sedikit air bagi melarutkan gula

*** Masukkan semua bahan tadi ke dalam kuali dan kacau hingga rata. Masak hingga kering. Manisnya :
       mengikut citarasa masing-masing.]

*** Sesetengah orang sukakan ikan masin / ikan kering / sambal ikan...nikmatilah pulut dengan citarasa anda.

NOTA:

1.  Untuk pulut kuning, rendam pulut bersama air yang dicampur pewarna kuning telur (semalaman). Cara
     mengukusnya sama sahaja dengan di atas.

2.  Untuk pulut pagi yang berwarna coklat :
     - masak gula melaka bersama sedikit air
     - kukus pulut dahulu (seperti di atas)
     - gaulkan gula melaka dan santan bersama pulut sehingga rata dan sebati
     - kukus sehingga masak
     - Pulut ini dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul sedikit garam.

Saya tidaklah berapa pandai memasak pulut, tapi ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang sama seperti saya (yang kurang mahir memasak pulut). Selamat mencuba...

2 comments:

nora rashid said...

sedapnye pulut pagi..hr ni x mkn pulut pagi tapi make ketupat daun palas..ada kacang ngn sambal daging..perghhh...

sophietarmizi said...

mak aku balik klate time raya, so...aku le jd tukang masak nye...tp sempat blajar nak buat pulut ni... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...