PingJe

Wednesday, November 2, 2011

Jengka oh Jengka....Ep 2

Setelah hampir 3 minggu mencari rumah untuk disewa atau dibeli...akhirnya mungkin ada rezeki saya kali ini. Cuma yang ralatnya...harganya lebih kurang dengan rumah di Kuala Lumpur, lagi mahal daripada rumah saya di Rawang.

Borang pinjamahan perumahan kerajaan telah selamat dihantar kepada peguam pemaju, dengan harapan dapatlah pinjaman 100%. Doa dan harapan sajalah...moga-moga urusan kali ini dipermudahkan Allah S.W.T.

Rumah yang mungkin jadi milik saya kali ini Semi-D tetapi tidak bercantum mana-mana bahagian pun dengan rumah sebelah - hanya berada dalam satu pagar. Tanah yang ada kalau ingin ditambah, bolehlah dibina dua buah bilik lagi. Tapi bak kata suami saya...material yang diguna pakai sewaktu pembinaan memang berkualiti dan agak mahal, maka sebab itulah harga rumah melambung sebaik sahaja rumah-rumah di kawasan itu siap dibina. Untunglah mereka yang sudah menempah rumah dari awal lagi (walaupun terbengkalai dalam jangka masa yang agak lama juga).

Maka...tidak jadilah saya membeli rumah di Temerloh yang harganya agak murah berbanding dengan di Jengka. Prospek rumah untuk disewakan agak tinggi kelak kerana pelajar-pelajar UiTM yang keluar masuk saban tahun menyebabkan saya tidak ragu-ragu untuk membeli rumah di sini. Manalah tahu...saya mungkin akan 'ditendang' ke negeri lain pula ....hehehehehe....:)

Kawan-kawan....doakanlah agar urusan kali ini lancar. Tidak sanggup rasanya hidup berkelana tanpa tempat berteduh dan berjauhan dengan keluarga....Aminnnnn!!!!!

1 comment:

midonz said...

Mudah2an dipermudahkan oleh Allah SWT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...