PingJe

Wednesday, November 16, 2011

Janganlah berkira sangat....

Rasa menyampah sangat bila ada orang yang terlalu berkira...kalau dengan orang lain, semuanya nak berkira. Tapi kalau terkena batang hidung sendiri, mulalah nak berbaik-baik dengan orang yang dia aniaya...

Saya memang tidak berkira sangat dalam menjalankan tugas kerana niat saya tetap LillahiTaala...tapi, kalau orang lain dah mula berkira dengan saya, huh...nasiblah orang tersebut. Saya pun akan mulalah berkira dengan dia. Bukan susah sangat nak jadi pemurah, tapi kalau kepala kita pun asyik dipijak dengan orang yang suka sangat berkira ni, letih juga.

Kalau boleh, bertugas lah secara profesional. Kalau asyik nak ikut mood, saya pun ada mood baik dengan mood tak baik, tapi saya tidaklah bekerja mengikut mood. Letih kalau bekerja dengan orang yang asyik 'moody' saja...asyik nak ikut angin dia, angin orang lain nak campak ke tepi ke?

Nasib baiklah saya ni makan gaji...kalau tak, mahu juga cabut lari kerja dengan syarikat lain. Kalau dah jadi cikgu ni, bukan senang nak tukar-tukar kerja...

Cuma saya selalu ingat pesan mak saya...Senyum saja ketika orang memarahi kita. Buat kerja dengan ikhlas...insyaAllah,  orang akan sayangkan kita.

Betul cakap mak tu...tapi kadang-kadang saya memberontak juga - memberontak dalam diam. Macam mana pula tu? Hmmm....banyak caranya kalau ingin dikongsi, tapi cukuplah sekadar saya membalas setiap perbuatan mereka yang menganiaya saya dengan cara yang paling berhemah. Saya ni manusia biasa, bukannya malaikat...orang dah buat kat kita, takkan nak diamkan saja. Betul tak?

Makan boleh sebarang makan...cakap jangan sebarang cakap... hati ini mudah terguris...kalau dah terguris...meletuslah perang dingin...huhuhuhu....

5 comments:

midonz said...

Begitulah lumrah seorang manusia,walaupun darah kita sama merah tak bermakna kita sehaluan.

Untuk menjadi seorang yang pro dalam hidup kekadang kita kena pendamkan ia walaupun tak semudah yang kita harapkan.Biarlah masa dan takdir yang akan menyebelahi kita,InsyaAllah Allah Maha Adil..

nora rashid said...

hmm...klu aku pon..aku akn buat perkara yg sama...org yg berkira mmg susah nk dpt kawan...bila dia susah nt bru dia tau pentingnya member2

sophietarmizi said...

lumrah manusia mmg begitu...x pe la...pro...

tu la...org berkira ni payah nak buat kawan...kdg2 tikam belakang pun ada...huhuhu

stylolyta said...

sy pon bengang gak ngan org yg berkira ni..time dia sibuk, or balik kampung..or mintak somthing..sy buat je ats dasar toleransi, time sy mitak tolong...xnak bertolaransi plak..sy cume fikir dia kawan, sy tolong..tp dia...dah lupa ke sy penah berkorban untuk dia...sakit hati

sophietarmizi said...

Stylolyta....

mmg stress kalau dpt kawan cenggitu. Baik x yah kawan kalau asyik kita je berkorban masa n tenaga. Yg dia tu asyik nak menang je...pas tu x nak toleransi langsung....:(

So...sabo je la...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...