PingJe

Sunday, November 13, 2011

Ijab dan Kabul

Tanggal 11.11.11... memang ramai sangat yang mahu mengabadikan tarikh ini. Tak tahulah apa keramatnya tarikh ini sampai Tok Kadi pun tersenyum sendiri ketika ingin menikahkan adik ipar saya yang menjadi pasangan terakhir pada petang tersebut. Bahkan...ada lagi pasangan yang bakal dinikahkan selepas Isyak nanti.

Saya tidak mahu menyentuh hal tarikhnya...cuma saya suka akan kata-kata Tok Kadi sebelum upacara akad nikah dijalankan terhadap adik ipar saya dengan bakal suaminya.

Intipati kata-kata Tok Kadi :
Setiap umat Nabi Muhammad s.a.w yang mampu  berkahwin, perlu menyegerakan perkahwinan. Jikalau mereka mampu dari semua segi namun tidak mahu berkahwin atas apa alasan sekali pun, tidak akan mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak.

Terlalu banyak hikmah perkahwinan mengikut pandangan Islam. Suka untuk saya kongsikan di sini walaupun mungkin ada di antara pembaca yang sudah mahir dengannya. Saya sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja:

1. Meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w : yang dilahirkan dengan sah dan mengikut nasab keturunan yang baik-baik.

2. Mengelakkan maksiat : bagi semua pasangan yang mampu dan berkeinginan untuk mendirikan perkahwinan.

3. Merapatkan hubungan sesama insan : apabila berkahwin, kedua-dua keluarga pengantin akan bersatu dan akan menjadi satu keluarga besar.

4. Mengejar pahala : sama ada dalam hubungan antara suami isteri, hubungan anak-anak dengan ibu bapa atau pun ketika berbuat setiap kebaikan untuk keluarga tercinta.

5. Mengejar syurga di akhirat kelak : setiap perbuatan isteri, suami dan anak-anak yang berunsurkan kebaikan akan dikurniakan pahala berganda; walaupun membawa segelas air kosong kepada suami yang dahaga.

6. Mengukuhkan modal insan : anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang penuh kasih sayang bakal menjadi pemimpin yang disegani apabila mereka dewasa kelak.

Cukuplah setakat di sini. InsyaAllah, jika setiap pasangan yang baru berkahwin atau pun yang sudah lama berkahwin (namun masih bahagia) mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan setiap larangan, hubungan mereka akan sentiasa berkekalan dengan izin Allah S.W.T. Perkahwinan itu sesungguhnya amat diraikan dan dinantikan....

2 comments:

nora rashid said...

amin..insya allah moga berkekalan hingga akhir hayat..

phie ..tips nk hilangkan word verification...

http://oyaakira.blogspot.com/2011/08/suka-komen-blog-orgtapi.html

sophietarmizi said...

thnx beb....:) hubby aku yg buat blog ni, pasal tu la aku kurang arif bab2 ni...heheheheh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...