PingJe

Monday, October 24, 2011

Pindah lagi....

Bulan ini baru masuk bulan ke-5 saya berada di Jengka, Pahang selepas ditukarkan ke Bahagian Matrikulasi. Saya ke sana hanya sekadar membawa pakaian dan keperluan yang penting sahaja - ibarat berpindah sehelai sepinggang.

Nasib saya agak baik kerana ada juga insan-insan yang mengasihani saya dan menawarkan tempat tinggal yang selesa. Kadar sewa yang agak tinggi menjadi beban kepada saya yang terpaksa membayar pelbagai jenis hutang (memang tak dapat lari pun...) dan jika hendak membeli rumah pun, harganya menyamai rumah di Kuala Lumpur.

Maka...saya terpaksalah mengemas rumah di Rawang untuk membawa sedikit perabot dan barang keperluan lain ke Jengka. Kebetulan pula, rumah di Rawang sudah ada penyewa...maka kasihan pula dengan penyewa yang terpaksa bersesak-sesak dengan perabot saya (maklumlah...niat di hati nak tinggal di Rawang sehingga pencen).

Jadi...dengan rasminya saya akan menetap di Bandar Pusat Jengka (Bandar Tun Abdul Razak) sebagai ahli baru negeri Pahang....Alhamdulillah...kini sudah tempat berteduh yang selesa dan rakan-rakan serumah yang sporting lagi baik hati.

Dan yang paling seronok...saya menghantar Ardini ke rumah pengasuhnya yang tidak jauh dari rumah warden (saya menetap di rumah warden) dengan hanya menggunakan stroller sahaja...tidak perlu membazir minyak kereta. Suasana yang nyaman pada waktu pagi amat menyeronokkan buat saya dan si kecil. Walaupun kerja dalam waktu pejabat, saya tidak rasa terbeban kerana saya hanya perlu fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran tanpa ada kerja-kerja lain (yang menyusahkan saya selama ini...)

Alhamdulillah....doa saya dimakbulkan lagi....:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...