PingJe

Monday, October 10, 2011

Jengka oh Jengka....


Minggu pertama selepas tiga bulan bercuti merupakan  minggu yang paling sibuk. Susah hati dengan anak... susah hati dengan silibus pelajar dan susah hati dengan masalah rumah sewa (di Jengka ini...rumah sewa amat sukar kerana biasanya 'disimpan' khas untuk pelajar UiTM yang disewa mengikut kepala). 

Akhirnya saya terpaksa menempatkan Ardini di sebuah Taska setelah agak sukar mendapatkan pengasuh di bandar ini. Memanglah naluri ibu itu agak tepat...taska itu tidak dapat memenuhi kehendak saya sebagai seorang ibu. Maka, saya mula mencari taska lain sambil berdoa agar saya mendapat pengasuh yang lebih menyayangi Ardini seadanya....Hampir seminggu saya mencari pengasuh dan juga rumah sewa di bandar Jengka ini. 

Minggu kedua...Isnin...saya menempatkan Ardini di sebuah taska lain dengan harapan menggunung supaya dia lebih selesa. Hati saya masih lagi kurang selesa. Kebetulan pula perbualan saya dengan seorang kakitangan di sini amat menggembirakan saya kerana isterinya ingin mencari bayi untuk dijaga. Pucuk dicita, ulam mendatang. Saya sangat-sangat gembira kerana doa saya dimakbulkan. Ardini tampak selesa dengan pengasuhnya malah dia sudah mula ceria seperti sebelum dia dihantar ke taska.

Yang pasti...saya lebih selesa menghantar anak saya kepada pengasuh yang dapat menumpukan sepenuh perhatian kepadanya daripada menghantarnya ke taska yang hanya bergantung kepada jumlah bayi yang ramai untuk mengaut keuntungan. 

Alhamdulillah....urusan anak sudah selesai. Masalah rumah pula memeningkan kepala saya. Usaha akan saya gandakan...moga kali ini urusan saya akan dipermudahkan Allah....

Doakanlah saya supaya tabah mengharungi hidup mendatang bersama kembar dan si kecil ini tanpa ditemani bapa mereka yang terpaksa bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana....

1 comment:

iqhlima najwa said...

Brp ye rate pengasuh or nursery kt area2 pusat bandar jengka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...