PingJe

Saturday, October 29, 2011

Hikmah senyum dan sabar....

Mengapa terlalu banyak hati untuk dijaga? Mengapa terlalu banyak perasaan perlu diambil kira? Mengapa perlu berhati-hati semasa berbicara? Terlalu banyak persoalan sebegini seringkali menghentam perasaan dan minda saya.

Sebagai insan kerdil, saya tidak lepas daripada membuat kesalahan. Malah kadang kala diri ini juga sering ditindas oleh segolongan manusia yang mungkin dari segi pangkat dan darjatnya lebih tinggi daripada saya tetapi zahirnya tetap manusia biasa di sisi Allah S.W.T.

Namun...saya tetap perlu menjaga budi bahasa dan tertib bicara walaupun ketika itu perasaan marah meluap-luap dan keinginan yang tinggi untuk membalas perbuatan mereka yang kurang berhemah dalam pergaulan. Saya kurang pasti akan kebolehan mengawal amarah saya (panas baran sedikit....) tetapi pesan emak yang sentiasa saya pegang.....Biarlah orang menyakiti hati kita dengan perkataan, balas sahaja dengan senyuman. Nescaya orang itu yang akan rugi.

Itulah hikmah kesabaran dalam menangani isu kehidupan saya seharian yang sentiasa berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Sabar dengan kerenah suami dan anak-anak....sabar dengan kerenah pelajar-pelajar...dan sabar dengan kerenah pihak atasan. Siapalah saya untuk membentak-bentak dan bermasam muka.

Kadang kala sakit di hati tiada siapa yang nampak....mujurlah ada tempat mengadu (terima kasih ya suamiku).   Kepada golongan yang suka menindas orang lain dan kurang berhemah dalam mengatur bicara....sedarlah bahawa anda telah melukakan perasaan orang lain. Walaupun mereka mampu tersenyum, tetapi luka di hati sukar untuk dirawat. Tindakan anda itu akan meninggalkan kesan mendalam dan kemaafan sukar untuk diberi...

Mungkin saya juga hipokrit juga...tetapi saya perlu menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun perasaan marah itu membuatkan saya terseksa sendirian. Kalau saya membalas perbuatan mereka dengan kata-kata berbaur marah...mereka akan mengingati saya sebagai seorang yang pemarah. Jadi, biarlah orang mengingati diri saya sebagai orang yang sabar dan mampu untuk bertoleransi...jika saya sudah tiada kelak.

InsyaAllah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...