PingJe

Tuesday, September 20, 2011

Dilema seorang saya....hehehe...


Pagi tadi sempat lagi saya bertanya kepada suami saya..."Sudah gemukkah saya?" Seraya tersenyum dia menjawab..."Sedang-sedang saja..."

Mungkin bagi sesetengah wanita yang baru melahirkan anak tidak mempunyai masalah untuk kembali ke bentuk tubuh asal, tapi saya agak susah untuk kurangkan berat badan. Maklumlah, metabolisme rendah, darah rendah dan kalau berat badan naik sikit saja... lutut akan menjadi mangsa.

Masalahnya, selera makan makin menjadi-jadi semenjak anak ni kuat menyusu. Dahaga dan lapar yang datang serentak membuatkan saya agak susah mengawal pemakanan saya. Orang kata, menyusukan anak ni mudah kurus...hmmm...selera saya makin naik ada lah...

Saya suka apabila badan saya ringan kerana mudah untuk bergerak ke sana ke mari. Lagi pun berat badan ideal saya sukar untuk diperolehi sejak usia saya masuk ke angka 30 dan ke atas. Menjadi ibu yang bekerja agak susah bagi saya jika berat badan melebihi apa yang saya target. Bukan niat untuk kurus...tapi niat untuk lebih sihat dan panjang umur untuk membesarkan anak-anak saya.

Jantung kita perlu dijaga...makanan memang nampak menyelerakan dan kadang-kadang saya kalah dengan sepotong kek coklat...(memang tak tahan dugaan... tapi nafsu mengatasi segalanya)... tapi saya selalu berfikir, tak salah untuk menikmati hidangan sebegitu sekali sekala untuk membantu saya menangani stress saya di tempat kerja atau di rumah.

Nasib baik suami memahami, dia suka menegur dalam nada bergurau supaya saya tidak berkecil hati dengannya. Dia suka menggunakan ayat..."Dah okay dah...tapi kalau turun sikit lagi ... lagi nampak cantik..." Terima kasih banyak-banyak kepada Suami saya yang menjadi pendorong kepada saya untuk kekal sederhana tetapi sihat....

Bagi saya....Kurus tidak bermakna sihat...badan besar tidak bermakna sakit...asalkan diri kita tahu menjaga kesihatan demi kepentingan orang yang tersayang....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...