PingJe

Monday, August 15, 2011

Suri Rumah.....

Cuti saya kali ini agak lama...maklumlah, baru lepas melahirkan anak kami yang kedua...Kali ini cuti 3 bulan amatlah panjang walaupun sibuk melayan kerenah kembar kami dan juga si kecil yang baru berusia 50 hari.

Rupa-rupanya, beginilah rutin seorang suri rumah tangga sepenuh masa (tapi tolak bab masak memasak kerana emak saya yang sentiasa sibuk di dapur). Rasa seronok juga bangun pagi dan menyiapkan kembar kami ke sekolah, membasuh pakaian pada waktu pagi (sebelum ini pada waktu malam...) dan mengambil mereka dari sekolah pada waktu petang.

Waktu malam pula...menjadi guru yang garang - biasalah, kalau dah mengajar anak sendiri...hehehehe.
Kerja sekolah perlu disiapkan sebelum boleh main 'computer games' - baik abang atau kakak. Yang seronoknya, bila dapat gaji....boleh keluar SHOPPING!!!!! dengan suami dan anak-anak. Sebelum ni, saya membeli keperluan bulanan seorang diri - suami hanya bercuti ketika saya bekerja.

Tapi...saya memang tabik kat semua suri rumah sepenuh masa...mereka memang layak mendapat anugerah kerana mereka bekerja lebih 8 jam sehari, tapi tak dapat gaji yang setimpal pun. Para suami harus sentiasa menghargai pengorbanan mereka yang walaupun hanya 'duduk' di rumah, tetapi merekalah yang menguruskan segala-galanya.

Contoh terbaik suri rumah yang saya kenali sejak kecil : Emak saya : Pn. Latipah Hussin.

Terima kasih Mak...pengorbanan mak selama ini tetap saya sanjung. Tanpa emak, saya tidak akan menjadi orang yang berjaya. Walaupun mak tidak mendapat pendidikan hingga ke peringkat yang tertinggi, namun kami tiga beradik telah berjaya menjadi insan yang cemerlang...InsyaAllah....dunia dan akhirat....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...