PingJe

Thursday, August 18, 2011

Klise yang terlalu Klise....

Memang membosankan kalau Astro pun tayang cerita yang sama hari-hari. Saluran lain lak asyik cerita dari seberang…naik menyampah bila buka TV untuk hiburan – tak kira siang atau malam. Kalau cerita menarik pula… asyik dikacau iklan yang kalau boleh nak disiar setiap saat. Rasa macam tengok perang iklan di TV saja.

Bercakap pasal cerita… macam dah ketandusan idea pula para penerbit dan penulis skrip – balik-balik cerita yang klise (clichĂ©). Memanglah ada peminat cerita macam tu tapi kalau difikirkan logik, cerita Melayu lebih berteraskan perkara-perkara berikut….(sila semak ya)

1. Keluarga kaya vs keluarga miskin
2. Ada syarikat besar – Holdings / Sdn Bhd  - tak mainlah syarikat mini…
3. Main duit juta-juta (tak mainlah ribu-ribu)
4. Perbalahan antara mertua dengan menantu
5. Perbalahan antara adik beradik / ipar duai / biras…hmmm bosan betul
6. Nak mencari cinta sejati … tapi cari yang cantik aja…
7. Nak kahwin tapi mak pula tak setuju…tak berkenan dengan rupa / keluarga / latar belakang
8. Cerita hantu – lawak / lawak bodoh / mengarut / entah apa2…. Kalau menarik tu seronok la tengok,
    tapi kalau ….hmmm….sendiri mau ingat la…
9. Dan yang terakhir – BOMOH!!!! Terlalu taksub dengan bomoh dan benda khurafat…. Memang la kita
    hidup ni berjiran dengan mahkluk lain, tetapi terlalu banyak cerita tahyul sampai anak-anak saya takut
   dibuatnya….
10. Pengakhiran yang mudah diteka kerana jalan cerita yang tak ‘best’….

Tapi yang pasti…selera masing-masing kan….hmmm…memang bosan betul…..Belum lagi bercerita pasal telenovela dari Seberang yang mengarut jalan ceritanya...44 hari 44 malam belum tentu habis....asyik diulang-ulang...hmmmmmmmm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...