PingJe

Sunday, August 28, 2011

MERDEKA kah kita?

Merdekakah kita...
Kalau masih lagi terperuk
dek pemikiran cetek
dan nafsu yang merengek?

Merdekakah kita...
Kalau masih dibelengu
gaya hidup yang palsu
dan tindak tanduk yang lesu?

Merdekakah kita...
Kalau tidak cukup kain
untuk disarung di badan?

Kalau akal yang dikurnia
diperlekeh dan dipersenda?

Kalau sanggup berdusta
terhadap ibu dan bapa?

Kalau sanggup menumpahkan nyawa
orang-orang yang tidak berdosa?

MERDEKA bukan setakat negara sahaja
malah jasad juga minda
perlu diMERDEKA kan juga
dari segala macam perkara
yang boleh membahayakan jiwa kita.

MERDEKA!!!!!!
Moga negara tetap makmur dan aman sentiasa
dengan berpaksikan jiwa dan bangsa
orang-orang yang MERDEKA.





Monday, August 22, 2011

A Married Man vs A Married Woman



There are too many differences between a married man and a married woman. Talking from my experience and also some that I learn from my friends and family... being a married person can be challenging too from time to time.



A married man (some of those men who are not appreciating their wives)

1. Tend to take things for granted especially if the wife is so nice and soft spoken.

2. Don't like his wife to nag but he always does things that for sure his wife would be nagging all day.

3. Don't like to listen attentively to his wife but really wants his wife to listen to his instructions.

4. Like  hanging out with friends (sometimes late at night) but he doesn't allow his wife to go out with her friends even in broad daylight.

5. Like to use his fists instead of talking nicely.

6. Temptation cannot be avoided (some of them...)

A married woman (most of them are the victims in their marriage)

1. Just need a shoulder to cry on when trouble comes into her life.

2. Just need to pour out her feelings after working hard all day long.

3. Just need a 'friend' to talk to at night...just simply talking.

4. Will do her best in doing everything to make sure her family is happy.

5. Will always love her husband no matter what happens in the future.

6. Jealousy is her 'friend' but she seems to can control it well.

There are no perfect couples in this world. We have to give and take...don't be a one-man-show. Home can be the warmest place on earth if you know how to create a warm and tender feelings for your own family. Whether you are a wife or a husband... be good to your partner. Trust is the basic thing in a marriage life. Without it, your marriage won't last longer.....

Sunday, August 21, 2011

Bagaimana anda Beraya?

Raya hampir tiba....Sudahkah anda membuat persiapan? Ke mana agaknya hala tuju anda pada pagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini? (formal sungguh ayat ini...hahahhaha)

Tapi...saya memang dah lama tak balik kampung pasal keluarga besar saya memang ada di KL. Saya memang tak suka balik pun pasal menempuhi kesesakan jalan raya yang melampau...(kampung saya di Kelantan...dan saya tahu ramai akan menuju ke Pantai Timur). Lagi pun raya dah tak sama ketika kita dewasa berbanding dengan sewaktu kita kanak-kanak.

Raya dewasa vs Raya kanak-kanak:

1. Kena bagi duit raya....(kopak gak poket ni....tak apalah, niat sedekah)

2. Suka raya kat KL...tak suka balik Kelantan....Jalan raya sesak - sudah terkena sekali....tak mahu terseksa memaki orang kat jalan raya....hahahahah

3. Suami kerja pagi raya...huhuhu....(ada lah dua kali dia cuti pagi raya....)

4. Raya hanya pada raya pertama ...(saya suka mulakan puasa ganti dan sunat 6 pada raya kedua...kalau tak uzur lah kan....) lepas habis ganti puasa...barulah syok melantak....

5. Baju raya pun jarang beli...hanya beli untuk anak-anak....mana tidaknya, Baju Kurung tu kan uniform cikgu...hahahaha....maka, saya pakai je lah yang sama warna dengan anak-anak dan suami...jimat!!!!

6. Tapi yang seronoknya....suka buat biskut dan kek raya....tak payah beli (walaupun kadang-kadang 'dipaksa' beli oleh segelintir orang yang nak buat duit sebelum raya....)

Bagaimana anda beraya? harap-harap tidak membazir. Ingat-ingat lah pada mereka yang tidak berkemampuan dan jangan lupa Zakat Fitrah anda.....

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari saya dan keluarga......

Thursday, August 18, 2011

Klise yang terlalu Klise....

Memang membosankan kalau Astro pun tayang cerita yang sama hari-hari. Saluran lain lak asyik cerita dari seberang…naik menyampah bila buka TV untuk hiburan – tak kira siang atau malam. Kalau cerita menarik pula… asyik dikacau iklan yang kalau boleh nak disiar setiap saat. Rasa macam tengok perang iklan di TV saja.

Bercakap pasal cerita… macam dah ketandusan idea pula para penerbit dan penulis skrip – balik-balik cerita yang klise (cliché). Memanglah ada peminat cerita macam tu tapi kalau difikirkan logik, cerita Melayu lebih berteraskan perkara-perkara berikut….(sila semak ya)

1. Keluarga kaya vs keluarga miskin
2. Ada syarikat besar – Holdings / Sdn Bhd  - tak mainlah syarikat mini…
3. Main duit juta-juta (tak mainlah ribu-ribu)
4. Perbalahan antara mertua dengan menantu
5. Perbalahan antara adik beradik / ipar duai / biras…hmmm bosan betul
6. Nak mencari cinta sejati … tapi cari yang cantik aja…
7. Nak kahwin tapi mak pula tak setuju…tak berkenan dengan rupa / keluarga / latar belakang
8. Cerita hantu – lawak / lawak bodoh / mengarut / entah apa2…. Kalau menarik tu seronok la tengok,
    tapi kalau ….hmmm….sendiri mau ingat la…
9. Dan yang terakhir – BOMOH!!!! Terlalu taksub dengan bomoh dan benda khurafat…. Memang la kita
    hidup ni berjiran dengan mahkluk lain, tetapi terlalu banyak cerita tahyul sampai anak-anak saya takut
   dibuatnya….
10. Pengakhiran yang mudah diteka kerana jalan cerita yang tak ‘best’….

Tapi yang pasti…selera masing-masing kan….hmmm…memang bosan betul…..Belum lagi bercerita pasal telenovela dari Seberang yang mengarut jalan ceritanya...44 hari 44 malam belum tentu habis....asyik diulang-ulang...hmmmmmmmm

Monday, August 15, 2011

Suri Rumah.....

Cuti saya kali ini agak lama...maklumlah, baru lepas melahirkan anak kami yang kedua...Kali ini cuti 3 bulan amatlah panjang walaupun sibuk melayan kerenah kembar kami dan juga si kecil yang baru berusia 50 hari.

Rupa-rupanya, beginilah rutin seorang suri rumah tangga sepenuh masa (tapi tolak bab masak memasak kerana emak saya yang sentiasa sibuk di dapur). Rasa seronok juga bangun pagi dan menyiapkan kembar kami ke sekolah, membasuh pakaian pada waktu pagi (sebelum ini pada waktu malam...) dan mengambil mereka dari sekolah pada waktu petang.

Waktu malam pula...menjadi guru yang garang - biasalah, kalau dah mengajar anak sendiri...hehehehe.
Kerja sekolah perlu disiapkan sebelum boleh main 'computer games' - baik abang atau kakak. Yang seronoknya, bila dapat gaji....boleh keluar SHOPPING!!!!! dengan suami dan anak-anak. Sebelum ni, saya membeli keperluan bulanan seorang diri - suami hanya bercuti ketika saya bekerja.

Tapi...saya memang tabik kat semua suri rumah sepenuh masa...mereka memang layak mendapat anugerah kerana mereka bekerja lebih 8 jam sehari, tapi tak dapat gaji yang setimpal pun. Para suami harus sentiasa menghargai pengorbanan mereka yang walaupun hanya 'duduk' di rumah, tetapi merekalah yang menguruskan segala-galanya.

Contoh terbaik suri rumah yang saya kenali sejak kecil : Emak saya : Pn. Latipah Hussin.

Terima kasih Mak...pengorbanan mak selama ini tetap saya sanjung. Tanpa emak, saya tidak akan menjadi orang yang berjaya. Walaupun mak tidak mendapat pendidikan hingga ke peringkat yang tertinggi, namun kami tiga beradik telah berjaya menjadi insan yang cemerlang...InsyaAllah....dunia dan akhirat....

Sunday, August 7, 2011

Dapat berjimat ke...atau sebaliknya?

Kalau waktu biasa...hari persekolahan, kembar akan bawa RM 2.00 seorang. Tapi....bulan puasa ni...RM 4.00 seorang. Mana tidaknya...kuih dah dijual 5 biji RM 2.00. Air pula...RM 2.00 sebungkus. Hmm...ingatkan dapatlah berjimat bulan puasa ni, tapi kalau dianggarkanlah....RM 8.00 sehari...kalau puasa 30 hari...RM 240.00 lah jawabnya hanya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Belum masuk nak beli kegemaran kami lagi....tapi, apa yang saya banggakan dengan kembar ni, mereka bersahur penuh berselera dan tabah mengharungi dugaan sebelum berbuka...maklumlah, sepupu mereka yang berusia 5 tahun tu belum berpuasa lagi....:)

Alhamdulillah, rezeki itu akan diberikan kepada anak-anak....mampu atau tidak mampu, terpulanglah kepada ibu bapa masing-masing. Niat saya cuma untuk menggalakkan mereka berpuasa. Syarat utamanya : Kalau tak puasa, tak dapat pergi bazar Ramadhan...nak atau tak nak, terpaksalah mereka menahan perut berpuasa bersama orang dewasa. Terlalu banyak juadah kegemaran mereka dijual di bazar Ramadhan...mana tahan...hahaha

Jimat atau tidak? Hmmm....soalan yang agak berat jika melibatkan anak-anak....betul tak?

Tuesday, August 2, 2011

Gelagat Kembar Berpuasa...

Salam Ramadhan untuk semua...

Hari pertama kembar berpuasa penuh dengan dugaan. Kakak nampak kurang bermaya manakala abang pula nampak ceria. Rasa seronok melihat mereka bersahur - koko crunch dan susu.

Kali ini saya merasa menyiapkan mereka untuk ke sekolah... maklumlah cuti saya masih panjang. Sebelum ini saya terpaksa berjauhan dengan mereka. Banyak perkara terpaksa dipesan berulang kali supaya puasa mereka tidak terbatal... maklumlah, baru Darjah 1.

Bazar Ramadhan memang meriah... duit pun kena meriah juga lah. Tapi, asalkan mereka seronok berpuasa, duit tidak menjadi beban. Dua jenis kuih untuk seorang dan air segelas seorang. Selera mereka berbeza...

Tidak sabar menunggu azan berbuka, kakak mula keresahan. Merenung kuih muih di atas meja. Abang pula sibuk dengan 'game' di komputer nya. Kurang memberi perhatian kepada lauk pauk di atas meja. Alhamdulillah... dapatlah sehari berpuasa.

Saya:      Malam ni tidur awal.
Abang:   Kenapa?
Saya:      Esok nak bangun sahur lagi...
Abang:    La...bukan sehari je ke?
Saya:      30 hari la...baru Raya.
Kakak:   30 hari? Lama nya....(mengeluh panjang)
Saya:      Satu hari...satu ringgit...
Kakak:   Hmm...30 hari....berapa ya? (mengira jari)....WOW!!! 30 ringgit....
Abang:   Kaya la abang nanti.....

Hmmm....upah puasa...upah kuih berbuka...upah baju raya...upah duit raya.... asalkan anak-anak bahagia...InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...