PingJe

Monday, July 18, 2011

Hasil yang amat mengecewakan....

Saat berpantang ada masanya seronok (kerana bercuti panjang) dan ada masanya dilanda kebosanan yang amat sangat. Jadi saya cuba untuk memenuhi ruang kosong itu dengan menonton beberapa buah filem Melayu yang dikatakan amat menarik sewaktu pembikinannya dihebahkan di televisyen.

Saya bukanlah penggemar filem Melayu kerana kebanyakannya terlalu klise (cliche') dan jalan cerita yang ada kalanya mengarut....(maaf ya bagi pembikin filem di luar sana). Namun, selepas melihat di televisyen mengenai beberapa filem Melayu, saya rasakan mungkin berbaloi untuk menghabiskan masa menonton filem-filem tersebut.

Tidak perlu saya sebutkan judul-judul filem berkenaan kerana ini berkaitan maruah pembikin filem berkenaan. Hasil yang saya dapat.... terlalu mengecewakan kerana bagi saya, filem-filem ini layak dijadikan sebagai cerekarama atau drama televisyen sahaja. Membazir wang jutaan ringgit untuk penghasilan filem yang kononnya menggunakan pelakon terkenal tanahair tetapi plot yang longgar dan penamat cerita yang mudah menyebabkan orang-orang seperti saya tidak berani untuk melaburkan wang menonton filem-filem sebegini di pawagam.

Kalau filem-filem di Barat dikatakan tidak elok untuk tontonan orang Asia (Islam khasnya), tetapi saya juga berasa geli geleman melihat aksi-aksi ranjang yang dilakonkan oleh anak watan kita - Islam khasnya. Saya rasa tidak perlu dilakonkan babak atas katil untuk penjiwaan watak...meluat melihat pelakon-pelakon yang mengaku Islam tetapi perlu menjiwai watak dan melakonkan atas kehendak skrip. Tepuk dada...tanyalah iman.

Saya rasa agak kecewa kerana masa yang terluang dihabiskan begitu saja. Mujurlah ada si kecik yang menemani saya....

Harapan saya cuma satu...semoga pembikin-pembikin filem ini lebih menggunakan akal dan fikiran dalam membikin filem yang lebih bermutu dan mempunyai nilai estetika yang tinggi pada masa depan...

2 comments:

nora rashid said...

tahniah...comey bby mu...slmt berpantang ye...hihi

sophietarmizi said...

tima kasih....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...