PingJe

Monday, July 4, 2011

Ada perbezaannya...

Dulu pernah juga tertanya-tanya : Apa beza kembar darah dengan kembar air? Ada orang kata kembar darah sewaktu bersalin memang menyakitkan. Kembar air tidaklah terlalu menyeksakan.

Sepatutnya dia dilahirkan pada 10 Julai... tetapi mungkin disebabkan terlalu banyak bergerak, tarikh itu 'dipercepatkan'. Tanda awal pada pagi 26 Jun... kali ini kembar darah...seharian aku menanggung kesakitan. berbeza dengan si kembar - 7 tahun yang lepas, air ketuban yang pecah dulu membuatkan proses itu tidak terlalu sakit.

27 Jun... jam 7 pagi dimasukkan ke wad bersalin. Sakit yang teramat sangat sehingga aku meminta bius tulang belakang (epidural). Bukaan 5cm tetapi sakitnya teramat sangat kerana dia ingin segera dikeluarkan... jam 10.30, bukaan hampir penuh. Epidural dihentikan. Kesakitan yang berpanjangan...

Alhamdulillah, tepat 10.59, seorang puteri selamat dilahirkan. Ardini Surfina binti Mohd Hamidon yang bermaksud : Isteri yang menyayangi, suci bersih. 



Kepada suami tersayang: terima kasih kerana berada di sisi saya sepanjang proses yang menyakitkan itu namun apabila puteri kami selamat dilahirkan, segala kesakitan itu dibawa pergi bagaikan tiada apa yang berlaku. 


Permata kami : Alzam Muqri, Absarina Uzma & Ardini Surfina.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...