PingJe

Saturday, June 11, 2011

Penting ke imej itu?

Satu soalan yang masih saya tidak dapat jawapan yang pasti - penting sangatkah imej seseorag itu hingga perlu berhabisan wang ringgit? Perlukah menunjuk-nunjuk bahawa diri anda terlalu gah di depan khalayak ramai? Kadang-kadang meluat pun ada jika terdapat orang-orang sebegini di hadapan saya. Rasa macam nak bagi nasihat percuma saja....

Saya rasa, cukuplah dengan bersifat sederhana dan tidak perlu menunjuk-nunjuk mengatakan anda merupakan orang terpenting dalam masyarakat. Kereta besar... jam mahal... kasut mahal...tas tangan berjenama dan sebagainya merupakan satu aset yang melambangkan status anda. Tidak ada salahnya jika mahu bergaya jika mempunyai wang... masalahnya bagi yang 'biar papa asal bergaya'. Mereka inilah yang merosakkan imej diri sendiri.

Pernah juga saya mendengar ceramah-ceramah agama... isteri yang baik adalah isteri yang tidak meminta-minta di luar kemampuan suaminya. Namun, dewasa ini, terlalu ramai isteri yang bekerja dan mewah daripada suami mereka. Hal ini menjurus ke arah positif dan negatif. Tidak perlu dibincangkan di sini kerana mereka bekerja dengan izin suami. Wang mereka boleh digunakan ke atas diri sendiri dengan syarat tidak bercanggah dengan syariat.

Yang menyusahkan suami apabila isteri tidak bekerja tetapi berlagak seperti orang kaya. Keluhan suami tidak diambil kisah tetapi terus-terusan meminta itu ini. Kasihan suami yang bergaji sederhana. Jika bergaji besar, tidak mengapalah....

Ada juga yang sanggup meninggalkan suami dan anak-anak semata-mata kerana tuntutan nafsu mereka tidak dipenuhi. Wang ringgit memang penting, namun ikatan yang dibina perlu diutamakan. Jika suami tidak mampu mengadakan sesetengah perkara atau benda, janganlah pula bersikap keanak-anakan. Hairan saya melihat telatah kaum Hawa sebegini. Amat memalukan jika hal remeh temeh dibawa sehingga ke mahkamah. Saya bukan menyebelahi kaum Adam tetapi saya malu kerana kaum Hawa sepatutnya menjadi nadi dan tulang belakang kaum Adam mengharungi onak duri sesebuah perkahwinan. Ingatlah...kita ini dijadikan Allah sebagai peneman suami pada masa susah dan senang. InsyaAllah....syurga itu menjadi singgahan abadi.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...