PingJe

Friday, January 14, 2011

Pend. Moral bagi yang bermoral...

Bukan mudah nak mengajar subjek Pendidikan Moral bagi saya kerana saya tidak mendapat asas dalam subjek ini. Mujurlah ada juga pengalaman mengajar subjek ini sejak mula-mula saya menjagi guru. Pelajar Tingkatan 3 beranggapan subjek ini tidak perlu diambil berat kerana tiada dalam PMR. Namun, jangkaan mereka salah kerana mereka akan melaluinya semasa di Tingkatan 4 dan SPM nanti. Maka, saya sering mengingatkan mereka supaya menjawab soalan dengan betul dan mengikut kehendak soalan.

Hari ini tajuknya : Harga diriku; Maruah diriku.

Oleh kerana ada pelajar yang enggan membawa buku teks, saya naik angin hari ini. Saya paksa mereka bersila di hadapan kelas sambil menyalin nota. Satu masa mereka menyalin nota sambil mendengar saya 'berkhutbah' berkaitan tajuk di atas. Tajuk ini penting kerana mereka merupakan pelajar yang akan beralih ke arah remaja dewasa.

Maka saya mengajar seperti biasa...cuma kadang-kadang ada jugak lawaknya budak-budak ni....

Soalan 1:   Cikgu...pil kuda tu hanya untuk kuda je ke?

Soalan 2:   Kalau saya merempit tu kira maksiat jugak ke, cikgu?

Soalan 3:  Habis tu...kalau kita bersembang dalam kelas pun dikira tidak waras ke, cikgu?

Soalan 4:  Kalau pil ecstasy tu ada racun tikus, kenapa yang makan pil tu tak mati pun?

Soalan 5:  Macam mana diorang boleh buang bayi tu cikgu? Diorang dapat dari mana?

Hmmm.....ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar-pelajar saya. Kelas ini kelas pelajar sederhana. Saya jawab je lah apa yang patut dan yang tak patut...saya jawab...saya kurang pasti. Nanti saya rujuk pada yang pakar.

Nasib baiklah ada ramai juga pelajar yang faham akan inti pati pengajaran saya kali ini. Harap-harap sangat mereka dapat menjawab soalan struktur dengan baik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...