PingJe

Monday, January 31, 2011

Pelajar ku sayang....Ye ke?

Kejap je terasa. Dah nak masuk bulan Februari. Sebulan sudah kita memulakan tahun baru ini. Sudahkah azam dilaksanakan? Atau pun hanya tinggal kata-kata semangat saja? Saya tiada azam baru tahun ini. Terlalu banyak dugaan menjengah hidup saya sebaik sahaja tahun baru ini bermula. Cuma ada beberapa cerita yang saya rasa saya nak kongsikan bersama anda di luar sana terutamanya ibu bapa. Tahun ini saya mengajar Bahasa Inggeris dan P. Moral Tingkatan 3.

Pengajaran Moral di sekolah memang melibatkan pelajar bukan Islam. Pengajaran sivik pula melibatkan semua pelajar tidak kira apa bangsa sekali pun. Yang ingin saya kongsikan di sini... ketika saya sibuk mengajar, ramai pelajar yang suka mengelamun - terutamanya pelajar perempuan. Saya mengajar Tingkatan 3. Maka dalam usia sebegini, hormon mereka sudah mula meningkat, jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Berbeza dengan zaman saya dahulu... tidak terlalu terkejar-kejar mencari pacaran.

Disebabkan itu, saya kadang-kala menukar cara mengajar anak-anak ini ke arah yang lebih dewasa mengikut tahap kelas yang saya ajar. Cuma yang saya hairan, mereka ini terlalu cepat ke arah mencari pasangan sedangkan mereka baru menginjak usia peralihan remaja. Bezanya dengan budak lelaki yang lebih suka mengusik dan mengejek atau membuat kacau di dalam kelas.

Sering saya perhatikan segelintir pelajar yang suka tersenyum sendirian, memandang ke kelas lain dan sebagainya ketika pengajaran sedang dijalankan. Kadang-kala, jika masa sudah tinggal 5 minit, saya mengusik juga budak-budak perempuan yang perasan lawa, cantik, comel, sedangkan pada hakikatnya biasa saja di mata saya... cepat-cepatlah suruh mak dan ayah kahwinkan saja. Maka, tersenyum panjanglah pelajar tersebut. Jadi, telahan saya tepat - kebanyakan pelajar perempuan yang berusia 15 tahun ini mudah terfikir ke arah itu tanpa memikirkan masa depan mereka yang panjang.

Ada juga fesyen rambut yang serabai di mata saya tetapi dirasakan cantik pada mata mereka. Ala-ala pelakon Taiwan / Korea...yang mata pun macam ada tapi tak nampak. Letih rasanya bercakap dengan golongan yang perasan cantik tetapi masa depan belum tentu nampak cantik. Saya hairan dengan ibu bapa yang tiada masa memantau peribadi anak-anak sebelum ke sekolah.

Bercakap pasal ibu bapa, ada juga golongan cerdik pandai, berkereta besar tetapi tak tahu undang-undang. Dah lah jalan ke sekolah sempit, sibuk nak buat U-turn kat depan sekolah. Kalau boleh nak hantar anak kat depan kelas gamaknya. Tiap-tiap pagi jalan akan sesak akibat orang-orang sebegini. Apa lah salahnya jika memandu jauh sedikit sebelum membuat U-turn. Tak habis minyak pun.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran pelajar saya. Ada yang okey, dan ada juga yang suka cari pasal. Mungkin keluarga mereka kaya dan mereka boleh buat apa saja pada masa depan atau pun mereka memang dilahirkan dalam keluarga yang tidak terlalu ambil berat. Berbeza dengan sekolah rendah yang mana murid-murid takut dan hormat akan guru. Mereka sayang akan guru mereka.

Cuma harapan saya, mereka akan berubah semakin usia meningkat ke alam dewasa. Jangan menyesal sudahlah. Hidup ini terlalu singkat untuk merenung kembali penyesalan yang tak sudah...

1 comment:

midonz said...

sesetengah pelajar memang payah nak ikut sedangkan itulah bekalan utk hidup selepas tamat persekolahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...