PingJe

Wednesday, December 1, 2010

Makan bersama....

Hari ni sempat makan di luar setelah agak lama tak makan di luar. Pilihan anak-anak mestilah di McD saja. Suka sangat pergi ke McD dan makan benda yang sama.




Setelah mendapatkan makanan masing-masing, kami makan sambil bersembang anak beranak. Memang sudah kelaziman kami begitu. Di kanan saya ada dua orang sahabat perempuan (agaknyalah). Kedua-dua mereka asyik dengan telefon bimbit masing-masing tanpa perlu berbicara sesama sendiri. Makan pun tidak memandang wajah antara satu sama lain. Setengah jam mereka asyik dengan alat canggih tersebut sambil jari terkuis-kuis kentang. Burger tidak terusik pun.

Saya kehairanan. Jika datang makan bersama, sekurang-kurangnya nikmatilah hidangan yang ada depan mata. Jangan taksub sangat dengan hal lain. Kemudiannya mereka tergelak-gelak sendirian membaca SMS agaknya. Hampir 45 minit sebegitu. Saya betul-betul hairan.

Di sebelah kiri saya...ibu dan anak menikmati hidangan. Itu sangat bagus. Tetapi...anaknya leka membaca buku cerita sambil menikmati burger yang terhidang. Terkebil-kebil ibunya memandang anaknya yang leka membaca. Kasihan melihat ibunya yang menikmati hidangan tanpa perhatian anaknya yang mungkin belasan tahun. 

Saya perhatikan lagi di sekeliling, ada juga yang gembira bersama teman-teman atau keluarga. Makan bersama itu menunjukkan kita gembira dan senang bersama orang lain. Jadi, nikmatilah makanan itu dengan tertib. Jika bersembang pun, perlu menjaga tertib juga. Yang paling saya suka ketika makan di luar, gelagat anak-anak saya yang keletah dan mereka tahu menikmati hidangan bersama Mummy dan Daddynya. Sekali sekala mereka bercerita tentang hari yang mereka lalui dan apa yang mereka bakal buat seharian di rumah. Itu merupakan hiburan buat saya dan suami.

Nikmatilah hari-hari anda bersama orang tersayang. Jangan ambil mudah hal ini kerana jika anda kurang luangkan masa untuk makan bersama, hubungan anda kurang mesra. Jika kurang mesra, tidak rapatlah hubungan anda sekeluarga.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...