PingJe

Friday, December 17, 2010

Kedekut kasih Sayang.....

Dah masuk minggu ketiga Disember bersantai di rumah...sambil lepak-lepak dan tengok tv. Sambil tu asyik terjerit-jerit dengan kerenah kembar ni yang tak reti duduk diam....

Ada satu rancangan yang membincangkan satu topik yang menarik hari ini...Suami Kedekut Kasih Sayang. Rasa menarik gak untuk dibincangkan bersama.

Ustaz Pengacara Rancangan tu ada menyebut : Selalulah menolong isteri meringankan beban di rumah. Dapat gak pahala selain daripada merapatkan hubungan dalam keluarga.

Saya sokong sangat perkara tu. Bukan apa, kalau isteri tu suri rumah sepenuh masa, tak mengapalah. Tapi suri rumah pun penat juga membuat segala benda di rumah. Kadang-kadang tu bangun paling awal, tidur paling lewat. Yang si suami pula, balik rumah je, dah mengarah nak itu dan ini. Cubalah bertanya apa yang berlaku di rumah. Tengok rumah tu berkemas atau tidak. Kalau macam tongkang pecah, jangan naik angin cepat sangat. Itu semua angkara anak-anak tersayang lah tu.

Bagi isteri yang bekerja, memang agak memenatkan jika balik rumah sudah mula menyinsing lengan untuk menyediakan apa yang patut. Tidak hairan lah budaya 'tapau' makanan sudah jadi lumrah masyarakat sekarang. Jangan dilupa, air tangan isteri / ibu amat penting dalam menyediakan makanan yang menjadi darah daging keluarga. Asyik air tangan mamak kedai je....letih gak anak-anak.

Kedekut kasih sayang itu tidak terhad kepada suami sahaja. Kadang-kadang isteri pun sama juga. Cuma isteri ni lebih banyak melenting daripada suami. Suami pula...buat tak tahu je. Jika anda baca suratkhabar beberapa minggu lalu, kadar penceraian agak tinggi terutamanya golongan muda. Mengapa ya? Banyak sebab musabab jika hendak dihuraikan.

Contoh terbaik :
1. Jika anda kaki clubbing / sosial zaman muda-muda dulu, hentikanlah aktiviti anda setelah berkahwin.

2. Jika anda ni cemburu buta je...banyak-banyakkanlah berzikir dan cuba untuk bagi ruang kepercayaan kepada pasangan.

3. Jika anda ni pemalas zaman solo...ubahlah perangai buruk anda. Jangan nanti masuk court kena gelak kat orang...sebab bercerai : Dia ni pemalas sangat Yang Arif....

4. Jika anda ni kurang solatnya....ubahlah hala tuju anda. Solat itulah tiang agama.. Boleh runtuh akidah tanpa solat. Terutamanya suami. Dialah nadi keluarga....

5. Jika anda ini terlebih pendapatan daripada pasangan...janganlah pula mendabik dada. Itu bukan hak mutlak anda. Jangan lupa bersedekah dan berzakat....rumah tangga berkat....

6. Jika anda terlebih cantik / hensem daripada pasangan....jangan gatal nak pasang lain. Hargailah pasangan yang anda telah berjanji untuk sehidup semati hingga ke syurga.

7. Janganlah selalu meletak kesalahan pada bahu pasangan. Cuba untuk selesaikan setiap halangan yang menimpa sama ada disebabkan oleh faktor dalaman atau pun luaran. Kita ini tidak sempurna.

Maka, janganlah kedekut untuk tunjukkan kasih sayang terhadap suami / isteri dan anak-anak. Berikanlah pelukan mesra setiap hari. Sebelum pergi kerja, selepas pulang dari kerja. Setiap pelukan itu amat bermakna kerana kita tidak tahu sehingga bila nyawa kita di badan. Jangan pula menyesal jika tidak sempat menyatakan.....saya sayang awak.....

1 comment:

midonz said...

tak terkata..
Saya setuju..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...