PingJe

Friday, December 31, 2010

Entri terakhir 2010

Setahun sudah pun selamat kita tempuh. Suka, duka, sedih, gembira dan pelbagai rasa menyentuh di benak masing-masing. Setiap insan mungkin berlainan kehidupan yang ditempuh sepanjang tahun 2010. Apakah anda sudah bersedia melangkah ke tahun baru? Suka atau tidak, meningkat setahun lagi umur kita. Alhamdulillah...masih lagi dikurniakan nyawa dan kesihatan untuk menempuh dugaan, cabaran hidup pada tahun yang baru ini.

Saya berasa agak sedih kerana permohonan pertukaran ke sekolah lain tidak diluluskan atas alasan terlalu ramai guru di daerah tersebut. Sedih juga kepada rakan-rakan yang terpaksa berpindah atas arahan Jabatan. Kadang-kadang saya tidak faham dengan penyusunan semula ini. Namun saya tiada kuasa untuk bersuara.

Maka, tahun baru ini agak suram kerana saya berasa kurang bertenaga sedikit atas beberapa faktor. Dorongan keluarga dan rakan-rakan membantu saya mengharungi tahun baru ini dengan sedikit semangat di hati.

Kembar saya akan memulakan Tahun 1 pada 2011 ini. Kepada semua ibu bapa, saya ucapkan tahniah kerana anak-anak anda mendapat yang terbaik daripada anda semua. Pendidikan itu terlalu penting, jika tidak diasuh dan dididik dari kecil, mereka mungkin akan bergelandangan pada masa akan datang. Dan kepada ibu bapa yang berpendapatan sederhana, anggaplah anak-anak ini akan membalas jasa anda semua dengan segala persiapan yang anda lakukan untuk menjadikan mereka insan cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Wang ringgit boleh dicari, tetapi anak yang mengenang budi amat sedikit pada masa kini. Doakanlah kejayaan mereka sehingga akhirat kelak.

Saya agak terasa dengan belanjawan kami sekeluarga pada tahun ini. Maklumlah, harga barang semuanya berlumba-lumba dinaikkan. Rabak juga poket kami kerana setiap barangan yang dibelikan harus digandakan. Maklumlah, kembar. Sebab itu saya tabik kepada ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah pada tahun yang sama. Mesti sudah membuat belanjawan seawal yang mungkin. Dan saya berasa kasihan kepada golongan yang agak memerlukan bantuan kewangan kerana kemelut ekonomi yang seakan tidak berkesudahan.

Tahun ini akan dimulakan dengan rutin harian seperti tahun-tahun lepas. Kebanyakan guru juga akan menjalani rutin yang sama tetapi dengan kelas-kelas berbeza. Dan rutin saya sebagai Guru Pusat Sumber akan berulang lagi pada tahun ini. Terasa bosan dengan tugas yang sama, dan saya rasa kurang bersemangat untuk menjalani kehidupan yang sama. Mengeluh tidak mendatangkan hasil, tetapi saya rasa bosan dengan tugas saya.

Apa-apa pun, selamat tahun baru kepada semua. Saya tiada azam baru pada tahun ini. Semuanya hanya untuk anak-anak dan keluarga. Moga kehidupan anda semua dirahmati dan dilindungi Nya sehingga ke penghujung nyawa. Kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, sahabat handai pada tahun 2010, hadiahkanlah mereka Al-Fatihah dan doakanlah kesejahteraan roh mereka. Kita yang hidup ini perlu meneruskan langkah sehingga kita dipanggil kelak.

Tuesday, December 28, 2010

Life doesn't work as we plan....

Have you been reorganizing your life recently? Or have you been changing your lifestyle to suit this modern world lately? Have you been planning a long list on how your life should be?

I've been planning few things in my life since I turned 30 this year. But my plans seem to have some problems in the middle of the changing process. I don't want to discuss what my plans are, but I just want to share some problems that occur during the process.

Many people do have their plans in life - whether it is small or big, it still will affect one's life in the future. Maybe it will involve money, relationships, or any other things in life, but changes are important if we want to move forward. It seems easy but when it comes to changing things, it requires a lot of things. Planning is quite easy, but making it happens is another story.

Some problems do occur when we decided it is time to change something. Whether it is about about money or relationships, some kind of irritating problems will come in between. Sometimes, other people will meddle with our plans. And some people actually like it when the changes that we are trying to make are not going to happen at all. I feel so frustrated right now that my chest is going to explode. I don't know where to turn to when my plans are not going to work smoothly.

I wonder, why there are so many people who actually hate other people's happiness. It seems to me that there are certain people who are waiting for one's downfall and will smile happily when they are satisfied about that.

Money will always be the biggest issues in one's life. Husbands and wives might divorce because of money. Children are abandoned just because of money. And there are millions things happen just because of money. Whether is is good or bad, money seems to have a big influence on one's life.

I'm not really fond of money, but it is essential to have enough money to build a family. I feel tired just thinking how to earn more money for my children's education. I'm sure most parents out there feel the same way too.

It will be lucky for some people who are not having the same problems. They might be having their biggest changes in life without having any troubles. So, as I sat down and did my reflection, I did think about what will happen to all my plans and I pray that my plans will somehow work as I planned them to be.

Planning is important. But to make it happens, it requires a lot of strength and plenty of help from your beloved ones. I do hope that you all haven't stopped planning your life....make it happen....

Friday, December 24, 2010

Usah terlalu bersedih....

Keputusan PMR sudah pun diumumkan dengan selamatnya di semua sekolah di seluruh negara. Bagaimana keputusan anda? Anak anda? Anak saudara anda? Baguskah? Atau cukup makankah?

Saya melihat ada yang menangis - gembira atau bersedih dengan keputusan yang diterima. Ada juga pelajar saya yang sangat gembira kerana mendapat 7A dan 8A. Saya tumpang bangga dengan pencapaian mereka. Tidak kurang juga dengan sekadar 2A atau 4A sahaja. Bagi saya, itulah hasilnya jika usaha kita setakat itu sahaja.

Saya juga pernah berada di tempat mereka juga. Cuma yang membezakannya adalah tahun - di mana tidak terlalu ramai mendapat semua A. Dan sekarang ini, melimpah ruah yang mendapat keputusan cemerlang. Tidak kurang juga yang memang sudah menyangka akan keputusan mereka.

Pada saya, PMR ini platform yang amat baik untuk ke Tingkatan 4 dan seterusnya merencanakan hidup ke jurusan mana yang dipilih. Jika tidak mendapat keputusan yang baik, jangan cepat putus asa, SPM merupakan laluan yang getir untuk terus menjadi harapan ibu bapa dan keluarga. Jika anda tidak mendapat apa yang diinginkan dalam PMR, usaha lagi. Anda ada 2 tahun lagi sebelum melangkah ke alam dewasa. Anda perlu belajar dengan kemampuan anda sendiri. Jangan terlalu taksub dengan permintaan orang di sekeliling. Hanya anda yang tahu kemampuan diri anda sendiri.

Saya sudah berdepan dengan pelbagai ragam pelajar sepanjang menjadi guru. Nasihat saya...menangis air mata darah tidak berguna jika anda tidak cuba berusaha di peringkat awal. Pelajaran bukan boleh diraih sekelip mata. Jika gagal sekali, jangan biarkan kegagalan itu menguasai diri anda.

Kepada ibu bapa yang terlalu mengharap....ukurlah baju di badan anak anda sebelum meletakkan harapan terlalu tinggi. Stress boleh membunuh! Kadang kala, apabila terlalu mengharap, semakin besar dugaan dan halangan yang tiba. Hanya doa dan dorongan yang boleh membantu anak-anak mencapai cita-cita mereka.

Dalam hidup ini, kegagalan merupakan guru yang agak baik untuk seseorang itu berubah menjadi lebih tabah dan sanggup mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Maka...jangan putus asa. Usaha lagi.....

Friday, December 17, 2010

Kedekut kasih Sayang.....

Dah masuk minggu ketiga Disember bersantai di rumah...sambil lepak-lepak dan tengok tv. Sambil tu asyik terjerit-jerit dengan kerenah kembar ni yang tak reti duduk diam....

Ada satu rancangan yang membincangkan satu topik yang menarik hari ini...Suami Kedekut Kasih Sayang. Rasa menarik gak untuk dibincangkan bersama.

Ustaz Pengacara Rancangan tu ada menyebut : Selalulah menolong isteri meringankan beban di rumah. Dapat gak pahala selain daripada merapatkan hubungan dalam keluarga.

Saya sokong sangat perkara tu. Bukan apa, kalau isteri tu suri rumah sepenuh masa, tak mengapalah. Tapi suri rumah pun penat juga membuat segala benda di rumah. Kadang-kadang tu bangun paling awal, tidur paling lewat. Yang si suami pula, balik rumah je, dah mengarah nak itu dan ini. Cubalah bertanya apa yang berlaku di rumah. Tengok rumah tu berkemas atau tidak. Kalau macam tongkang pecah, jangan naik angin cepat sangat. Itu semua angkara anak-anak tersayang lah tu.

Bagi isteri yang bekerja, memang agak memenatkan jika balik rumah sudah mula menyinsing lengan untuk menyediakan apa yang patut. Tidak hairan lah budaya 'tapau' makanan sudah jadi lumrah masyarakat sekarang. Jangan dilupa, air tangan isteri / ibu amat penting dalam menyediakan makanan yang menjadi darah daging keluarga. Asyik air tangan mamak kedai je....letih gak anak-anak.

Kedekut kasih sayang itu tidak terhad kepada suami sahaja. Kadang-kadang isteri pun sama juga. Cuma isteri ni lebih banyak melenting daripada suami. Suami pula...buat tak tahu je. Jika anda baca suratkhabar beberapa minggu lalu, kadar penceraian agak tinggi terutamanya golongan muda. Mengapa ya? Banyak sebab musabab jika hendak dihuraikan.

Contoh terbaik :
1. Jika anda kaki clubbing / sosial zaman muda-muda dulu, hentikanlah aktiviti anda setelah berkahwin.

2. Jika anda ni cemburu buta je...banyak-banyakkanlah berzikir dan cuba untuk bagi ruang kepercayaan kepada pasangan.

3. Jika anda ni pemalas zaman solo...ubahlah perangai buruk anda. Jangan nanti masuk court kena gelak kat orang...sebab bercerai : Dia ni pemalas sangat Yang Arif....

4. Jika anda ni kurang solatnya....ubahlah hala tuju anda. Solat itulah tiang agama.. Boleh runtuh akidah tanpa solat. Terutamanya suami. Dialah nadi keluarga....

5. Jika anda ini terlebih pendapatan daripada pasangan...janganlah pula mendabik dada. Itu bukan hak mutlak anda. Jangan lupa bersedekah dan berzakat....rumah tangga berkat....

6. Jika anda terlebih cantik / hensem daripada pasangan....jangan gatal nak pasang lain. Hargailah pasangan yang anda telah berjanji untuk sehidup semati hingga ke syurga.

7. Janganlah selalu meletak kesalahan pada bahu pasangan. Cuba untuk selesaikan setiap halangan yang menimpa sama ada disebabkan oleh faktor dalaman atau pun luaran. Kita ini tidak sempurna.

Maka, janganlah kedekut untuk tunjukkan kasih sayang terhadap suami / isteri dan anak-anak. Berikanlah pelukan mesra setiap hari. Sebelum pergi kerja, selepas pulang dari kerja. Setiap pelukan itu amat bermakna kerana kita tidak tahu sehingga bila nyawa kita di badan. Jangan pula menyesal jika tidak sempat menyatakan.....saya sayang awak.....

Wednesday, December 15, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Bernyawa lagi aku hari ini
Alhamdulillah
Mampu lagi aku menjalani kehidupan ini

Alhamdulillah
Bertambah lagi usia ku ini
Alhamdulillah
Bertambah lagi rezeki kami hari ini

Alhamdulillah
Aku tidak menyakiti sesiapa hari ini
Alhamdulillah
Aku bahagia bersama keluarga hingga kini

Alhamdulillah
Masih ku punya teman-teman yang baik hati
Alhamdulillah
Mereka juga mungkin bahagia dengan cara tersendiri

Alhamdulillah
Hidup kita ini penuh nikmat yang tak terhingga
Alhamdulillah
Sebutkanlah ia tanda kita bersyukur kepada Nya

Kadang-kadang kita terlupa
Nikmat itu sementara,
Mudah ditarik atau diberi
Jika kita ini dikasihi.

Ucapkanlah Alhamdulillah
tanda terima kasih,
Ucapkanlah Allahu Akbar
tanda kebesaran,
Ucapkanlah semuanya yang sempurna
hanya untuk Allah
atas semua yang dikurniakan Nya....
InsyaAllah, hidup akan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Nya....

Thursday, December 9, 2010

Balada Orang 'Nak Mati'

Suatu hari di hospital....

Aduh....sakitnya...
Rasanya dah tak lama lagi ni mak oiii....
Ampun kan dosa saya ye mak...
Halal kan semuanya...

Errk...sakitnya mak....
Rasa macam nak mati je...
Kenapa lah sakit sangat ni?
Aduh.....

Mak...kalau saya mati dulu,
siapa nak jaga mak dengan ayah?
Kebun kita tu sapa yang nak jaga?
Agak-agak mak la kan...saya ni dah nak mati ke?
Aduhhhh.....

Maafkan abang ye sayang...
Jodoh kita sampai di sini saja,
Anak dalam perut tu kenalah dijaga,
Kasihan dia...lahir tak berbapa...
Aduhhh....

Sahabat ku...halalkan lah rokok yang aku hisap free
selama ni...kopi kat kedai mak janda tu sekali ye...
Aku harap sangat kau halalkan semua tu...
Aduhhhh....

Adoiii!!!! Kenapa mak ketuk kepala saya?

Mak:    Aku dah cakap, kalau nak merempit tu, jangan nak menyusahkan aku. Setakat jari kau yang patah,
           bukannya boleh bawak mati.  Tu pun ada hati nak berbini...siapa yang nak kat kau ni kaki merambu?

Sahabat:   Mak Cik...bawa bertenang, kita kat hospital ni...malu nanti.

Mak:    Nak malu apa nye? Dia yang patut malu, luka tak seberapa, melalut je lebih!!! Huh...menyusahkan
           aku saja....

Mangsa:   Ala mak ni...orang tengah feeling nih....

Mak:   Feeling ... kepala otak kau!!!! (mengetuk kepala anaknya lagi)


Amaran kerajaan Malaysia: Merempit boleh mengundang maut....heheheheh

Wednesday, December 8, 2010

Fakta menarik

Hari-hari tengok Astro TVIQ...banyak info menarik. Nak kongsi bersama teman-teman....

1.   Gajah merupakan satu-satunya binatang yang ada 4 lutut. Binatang  lain sama ada mempunyai 2 lutut dan
       2 siku atau pun keempat-empatnya siku seperti anjing and kucing.

2. Tapak sulaiman tidak mempunyai otak.

3. Tiram boleh berubah dari jantan ke betina bila-bila masa yang memerlukan ia bertukar.

4. Katak menggunakan matanya untuk membantu memasukan makanan ke dalam perutnya.

5. Anjing boleh mengeluarkan 10 jenis suara vokal.

6. Kucing boleh mengeluarkan 100 jenis suara vokal.

7. Sesumpah boleh memusingkan matanya 360 darjah.

8. Siput boleh berjalan di atas mata pisau yang tajam tanpa luka - kerana ada lendir di badannya.

9. Ikan emas akan bertukar menjadi putih jika dibiarkan dalam bilik gelap tanpa cahaya.

10. Semut dan lebah tidak pernah tidur.

Semoga mendapat info.....

A precious one...inside the womb...

After being married for 8 years and having twins....I've decided to have a baby once more. My husband opposed the idea at first because he doesn't want me to suffer the morning sickness and also the delivering part. I had the worst during the first few months during pregnancy. I couldn't eat, I couldn't drive and the worst part was I vomited after every meal. I lost few kilogrammes.

And he was there for me each time I need him. He was there when I gave birth to my twins too - a normal birth, but with the help of epidural. It didn't hurt me during the process but after delivering the babies, I couldn't hold myself together because the pain was indescribable.

8 weeks pregnancy

But suddenly he changed his mind after seeing his friends holding their babies when they came to our house last few months. So, he agreed to have another baby. I felt glad that he decided for me.

Now, with the foetus inside my womb, I'm not feeling well since the day I found out that I was pregnant again.  My morning sickness isn't the same like the first one. It's a mild one, but still, I lost 1 kg per day. I lost my appetite and I couldn't even eat white rice. I tried to eat but I will waste the food each time I tried.

Lucky me - I have a very considerate husband. He does all the cooking for me if he has time to spare, and he takes care of everything. Although he is working, he makes sure I have enough rest because I will feel tired and sleepy easily. I know that this kind of feeling will last for at least for 4 more weeks. I hope I will get better soon and I can go to work without having a bad morning sickness. I'm glad that I'm a teacher - to have enough rest during this school holiday.

I feel pity for my twins because now is school holiday, but I couldn't even drive them to the park. They would only play in the house or the front yard. I wish I could end this morning sickness quickly so I can be ME again - full with energy and I can do everything that I want.

One thing for sure....every mother should be treated nicely when they have a life inside their wombs.....

Monday, December 6, 2010

Ngangkung

Tercapai jugak hasrat nak tengok filem ni. Iya lah, asyik panggung penuh je. Cerita yang agak biasa tetapi penuh pengajaran dan lawak segar. Bukan lawak bodoh yang dibuat-buat. Tak berapa peduli dengan komen orang lain, tetapi, jika nak 'release tension' pergilah menonton wayang sekali sekala.



Tak adalah seram mana pun, sebab itu saya berani bawa kembar menonton filem ini. Untuk hiburan keluarga dan wang juga tidak akan dibazirkan. Daripada menonton filem berat, saya suka menonton filem ringan sebegini. Tak sabar nak tunggu filem KONGSI tahun depan. Sam akan jadi orang Kelantan....hmmm macam mana agaknya dialek tu digunakan oleh orang luar?

Jika sempat, pergilah menonton wayang  pada hujung minggu. Riadah bersama keluarga pun penting juga....

Wednesday, December 1, 2010

Makan bersama....

Hari ni sempat makan di luar setelah agak lama tak makan di luar. Pilihan anak-anak mestilah di McD saja. Suka sangat pergi ke McD dan makan benda yang sama.




Setelah mendapatkan makanan masing-masing, kami makan sambil bersembang anak beranak. Memang sudah kelaziman kami begitu. Di kanan saya ada dua orang sahabat perempuan (agaknyalah). Kedua-dua mereka asyik dengan telefon bimbit masing-masing tanpa perlu berbicara sesama sendiri. Makan pun tidak memandang wajah antara satu sama lain. Setengah jam mereka asyik dengan alat canggih tersebut sambil jari terkuis-kuis kentang. Burger tidak terusik pun.

Saya kehairanan. Jika datang makan bersama, sekurang-kurangnya nikmatilah hidangan yang ada depan mata. Jangan taksub sangat dengan hal lain. Kemudiannya mereka tergelak-gelak sendirian membaca SMS agaknya. Hampir 45 minit sebegitu. Saya betul-betul hairan.

Di sebelah kiri saya...ibu dan anak menikmati hidangan. Itu sangat bagus. Tetapi...anaknya leka membaca buku cerita sambil menikmati burger yang terhidang. Terkebil-kebil ibunya memandang anaknya yang leka membaca. Kasihan melihat ibunya yang menikmati hidangan tanpa perhatian anaknya yang mungkin belasan tahun. 

Saya perhatikan lagi di sekeliling, ada juga yang gembira bersama teman-teman atau keluarga. Makan bersama itu menunjukkan kita gembira dan senang bersama orang lain. Jadi, nikmatilah makanan itu dengan tertib. Jika bersembang pun, perlu menjaga tertib juga. Yang paling saya suka ketika makan di luar, gelagat anak-anak saya yang keletah dan mereka tahu menikmati hidangan bersama Mummy dan Daddynya. Sekali sekala mereka bercerita tentang hari yang mereka lalui dan apa yang mereka bakal buat seharian di rumah. Itu merupakan hiburan buat saya dan suami.

Nikmatilah hari-hari anda bersama orang tersayang. Jangan ambil mudah hal ini kerana jika anda kurang luangkan masa untuk makan bersama, hubungan anda kurang mesra. Jika kurang mesra, tidak rapatlah hubungan anda sekeluarga.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...