PingJe

Tuesday, November 16, 2010

MC oh MC....

"Apsal asyik MC aje?" soalan biasa tetapi bunyi macam menyibuk aje.... "Aku rasa cuti tahunan ko ni macam dah nak abis...ko tak sayang cuti ke?" satu soalan yang agak bodoh bunyinya bagi sayalah kan. Suka hati orang tu lah kalau dia nak ambil cuti panjang berapa lama pun. Tak perlu ambil kisah. Itu hak peribadi dia.

Bercakap pasal MC, bukan semua orang suka 'tuang' kerja (ponteng kerja) dan bukan semua orang suka ambil cuti tahunan suka-suka. Saya juga bukan jenis yang suka ambil cuti sakit sembarangan. Kalau dah tak boleh bangun, takkan nak paksa diri bangun dan memandu untuk ke tempat kerja. Silap haribulan, mahu tumpang ambulans kat tengah jalan.

Yang saya paling tak suka adalah orang yang suka bertanya : Kenapa ambil MC? Sakit teruk sangatkah sampai perlu ambil MC lama sangat? Dah banyak mana ambil cuti tahunan? Asyik cuti je...tak apa ke? Dan banyak lagi soalan-soalan yang jenis memerli yang saya rasa tidak patut diajukan kepada orang lain semata-mata berasa sedikit cemburu kerana orang lain mudah mendapat MC....heheheh

Dan lagi satu perangai saya...tidak suka menganggu orang yang sedang bercuti ataupun cuti sakit - kecuali lah terpaksa menelefonnya (itupun jenuh memohon maaf kerana mengganggu). Dan saya juga kurang senang kalau suka-suka je menelefon saya sedangkan saya terbaring dalam kesakitan....kalau ada hal penting, saya gagahkan juga lah. Iyalah...tugas itu keutamaan tetapi, kalau dah sakit, jenuh nak menjawab soalan orang. Betul tak?

Suami saya turut mengalami masalah yang sama kerana sebagai ketua bahagian, dia terpaksa mengangkat telefon walau sakit macam mana sekalipun. Kadang-kadang nak je saya cakap dengan orang yang menelefonnya : Hal kecil pun tak boleh uruskan....macam mana nak maju? Tapi, suami saya jenis orang yang 'cool' dan tak mudah melenting. Dia tetap akan menjawab telefon dengan tenang.

Satu perangai orang yang dengki : sibuk mengira MC dan cuti orang lain. Ini sah dah tak ada kerja sampingan ni. Iyalah, kerja yang paling senang adalah jaki dengan orang lain. Hahahahahha......

Saya selalu juga berjumpa dengan orang sebegini. Sibuk bertanya akan hal orang lain sedangkan manusia itu bukannya robot yang boleh diprogram. Manusia juga perlu berehat jika terlalu banyak bekerja. Sakit itu mudah melanda jika badan dan otak keletihan. Stress juga boleh melemahkan akal dan jiwa seseorang. Maka mudahlah mendapat MC jika kepala sakit berdenyut bagai diketuk-ketuk. Ubatnya agak mujarab - telan ubat tahan sakit sebiji dan tidur 2 - 3 jam. Baru hilang sakit kepala.

Doktor selalu buat lawak dengan saya : Cikgu...tak payah fikir banyak-banyak. Buat apa stress, rosakkan badan saja. Budak-budak...memang sudah itu perangai depa.....

Memanglah saya tak nak fikir pasal stress...tapi stress yang asyik datang melawat saya...nak buat macam mana? Kerja macam tak pernah habis. Tahun depan kerja yang sama lagi tetapi dengan budak yang berlainan pula....sentiasa berterusan sehingga pencen (kalau panjang umur lah kan). Kadang-kadang saya usik suami...Cepat-cepatlah jadi kaya, saya nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Suami hanya akan tergelak saja. Iya lah, saya ni jenis orang yang tak boleh duduk diam. Mahu meroyan kalau duduk rumah lama sangat tanpa perlu bekerja. Saya pasti ramai juga wanita bekerjaya ada sedikit perasaan seperti itu....

Kesimpulan yang boleh saya buat...MC itu satu anugerah buat semua pekerja swasta atau pun kerajaan dan cuti tahunan itu satu bonus yang diberi untuk mengiktiraf hasil kerja yang kita lakukan sepanjang tahun. Jadi, gunakanlah pemberian yang diberi khas kepada kita. Bagi orang lain yang dengki ... kalau korang tak nak ambil MC atau cuti, tak payah nak jaki lebih-lebih. Korang yang sakit hati nanti....haahhahahah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...