PingJe

Tuesday, November 9, 2010

Huruf Pertama Nama Anda....

Saya berasa agak bosan pada waktu malam selepas menonton Drama Korea bersiri yang akan tamat pada 10.15 malam setiap Isnin hingga Rabu.

Seperti biasa, internet akan menjadi sahabat baik saya. Itu pun selepas 'bergaduh' dengan kembar saya yang akan terus-terusan melayan game nya di internet.

Semalam, saya terbuka satu 'page' berkenaan Apa Yang Ada Pada Nama? Agak menarik isi kandungannya...tetapi anda harus pergi ke 'link' tersebut kerana terdapat banyak juga info menarik tentang nama-nama di sisi Islam. Sama ada yang cantik atau pun yang buruk maknanya.

Anda juga boleh mencari nama-nama yang sesuai untuk anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Harus diingat, nama itu memainkan peranan penting. Jadi, saya harap, 'page' tersebut dapat membantu anda sebagaimana ia membantu saya.....

Sila lawat:    http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Huruf

Jadi...ini adalah huruf pertama nama keluarga saya....Mohd Hamidon, Sophie, Alzam Muqri, Absarina Uzma...



ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai 
menyesuaikan diri dalam 
pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
 Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, 
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika 
meluahkan perasaan marah. 
Meskipun begitu marahnya mudah reda.



USuka berterus-terang dan menyendiri.
 Naif baginya merugikan orang lain.
 Tidak tahan dengan kritikan dan
 kurang pandai menyusun kata-kata jika 
berbicara didepan orang ramai.



MPandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika 
dikongkong, mereka akan berontak. 
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka 
tidak berkira. Kelemahannya, boros
 dan keras kepala.



SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. 
Tidak suka pada orang yang suka 
memungkiri janji. Kelemahannya mudah
 tersinggung selain sukar menahan emosi. 
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

1 comment:

midonz said...

nama juga memainkan peranan yang penting dlm kehidupan..

seeloknya ibubapa perlu memikirkan baik buruk nama yang bakal diberikan kepada setiap anak2 mereka..

sekadar pandangan kecil je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...