PingJe

Monday, November 29, 2010

Bila sudah tiada selera

Bila sudah tiada selera,
Yang terhidang tak nampak sedapnya
Walau dihulur segala benda
Tetap tidak mampu untuk menelannya.

Bila sudah tiada selera,
Ayam, ikan pun tiada ertinya
Apatah lagi daging atau apa saja
Kerana tekak ini tidak mahu merasa.

Bila sudah tiada selera,
Makin berkuranganlah tenaga kita
Hendak bangun pun tiada daya
Maka terbaring atau duduk sahaja.

Kadang-kadang itu nampak lazat,
Kadang-kadang ini nampak berzat,
Tapi dek kerana badan tak sihat,
Muka ceria dah jadi pucat.

Wahai badan mengapa kamu
tak mahu menerima sesuap nasi,
Wahai badan sakitkah kamu?
Cubalah untuk menerima walau sebutir nasi.

Bila sudah tiada selera,
Mungkin ada penyakit datang menyapa
Kerana selama ini tidak dijaga
Asyik makan ikutkan selera.

Bila sudah tiada selera,
Mulalah meracau meronta-ronta
Kerana nikmat yang sementara
Sudah ditarik Allah yang Maha Kuasa.

Maka kita perlu beringat
supaya badan sentiasa sihat,
Makanlah untuk hidup sahaja
dan bukan hidup untuk makan semuanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...