PingJe

Thursday, October 21, 2010

Serba salah dibuatnya....

Pernahkah anda mengalami situasi di mana rakan baik / saudara / adik beradik (dan lain-lain hubungan yang ada) memohon bantuan dari segi pendapat dan nasihat anda berhubung pelbagai jenis isu? Saya pasti anda akan cuba memberi nasihat dan pandangan yang anda rasakan bernas dan bijak.

Namun, selalukah nasihat dan pandangan anda itu diterima pakai? Atau pun...terima kasih sajalah... itu saja yang diterima setelah berbuih-buih mulut anda menyatakan pendapat anda? Emmm...apa yang anda rasa pada ketika itu? Geram? Marah? Sakit hati? Tuhan saja yang tahu...

Saya selalu juga mengalami situasi sebegitu di mana selalunya saya akan makan hati kerana pendapat saya dianggap tidak sesuai, sedangkan selalunya mereka yang terlibat akan membuat keputusan sendiri....Saya pun hairan, jikalau mereka sebenarnya tidak inginkan pendapat orang lain, tidak perlu lah menyibukkan diri bertanya itu dan ini kepada orang sekeliling. Kalau dah rasa diri tu betul sangat...buatlah keputusan sendiri, habis cerita. Hati orang lain pun tak sakit.

Kadang-kala mereka sebegini memang dah buat keputusan, tetapi sengaja ingin menghabiskan masa lapang dengan bertanya kepada ramai orang tentang sesuatu perkara yang perlu dibuat keputusan yang tepat. Tidak kiralah warna kain ke, jenis kasut ke, atau ke mana destinasi percutian sekali pun, buatlah keputusan berdasarkan penilaian anda sendiri. Jika masalah cerai berai, masalah yang kronik, mungkin boleh lah berjumpa pakar. Ini pada pandangan saya sebagai individu yang selalu terkena. Kalau dah ada perancangan sendiri, tak perlulah menyusahkan saya dengan bertanya pendapat dan kemudiannya membuat keputusan tanpa menimbang pendapat saya. Geram betul!!!

Manusia itu memang fitrahnya ingin jadi yang sempurna. Tetapi harus ingat, kita perlukan panduan untuk membuat sebarang keputusan, tindakan dan sebagainya. Saya selalu bertanyakan kepada suami, keluarga dan teman-teman jika saya tidak mampu membuat keputusan sendiri atau pun saya tidak mampu memilih jalan penyelesaian yang sesuai kepada mana-mana masalah. Jika saya mampu, saya akan cuba mengusahakan sendiri. Tetapi kebiasaannya suami merupakan penyelesai masalah saya kerana dia merupakan orang yang sabar dan tidak mudah melatah.

Yang membuat saya menyampah...orang yang meminta pendapat tetapi akhirnya tetap dengan keputusan yang TELAH dibuat sejak awal-awal lagi. Kan dah menyusahkan orang...Tapi, sudah resam Orang Melayu...kang kalau cakap kang, kecik hati pulak....huhuhu. Pendekatan yang saya selalu buat...Diam sahajalah.....

5 comments:

heda said...

setuju: diam saja lah.. situasi yg sama yg aku tgh buat..

sophietarmizi said...

ye betul tu....tp kdg2 bengang betul...huhuhu

midonz said...

bengang tu pasti..
amik pendekatan positif...
kalau positif tak boleh masuk..
kita discharge,okay tak...

nanini80 said...

phie.. aku setuju sgt2 dgn pndapat ko.. tp kita cuba berfikiran positif terhadap makhluk2 mcm ni.. mungkin betul dia dah ada keputusan sendiri tapi masih belum pasti.. itu sebab dia minta pendapat ko, tapi bila dia dah dengar pendapat ko, mungkin dia rasa tak sesuai dgn dia...
P/S: kita cuba tukarkan situasi negatif kepada positif supaya kita tak sakit hati.. hehee.. ni pendapat aku aje babe.. jgn marah ek...

sophietarmizi said...

heheheh....thnx psl bg komen tu. mmg dah tukar pada positif bila berdepan dgn org sebegitu kerana dah tau perangai dia...lagi pun dia bebas menggunakan akal dan pendapat dia. Cuma yang aku bengang kalau perkara kecik pun nak mintak pendapat. sedangkan dia dah bg tau pendapat dia awal2.

so, aku belajar byk benda sejak aku keje ni. ye la, manusia ni mcm2. anyway...aku appreciate sgt....:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...