PingJe

Tuesday, October 19, 2010

Malaysiakah ini?

Hari ni ada urusan di Bank di Selayang...berhampiran Pasar Borong. Hampir 1.30 petang dan perut dah menyanyi minta diisi. Kebetulan pula saya menunggu suami kerana dia perlu hadir bersama. Maka, mundar-mandirlah saya mencari kedai-kedai makan yang menarik.

Terdapat banyak restoran tetapi hanya satu restoran yang ada logo Islam. Maka saya melangkah kaki ke dalam restoran itu. Lambang Bismillah dan ayat-ayat suci Al-Quran memang terdapat di dalam restoran tersebut. Malah pekerjanya juga memakai tudung.

Saya segera ke bahagian lauk-pauk yang kelihatan menarik. Malangnya, apabila saya ingin meminta nasi putih, pekerja perempuan tersebut tercengang-cengang. Malah ramai pelanggan yang sedang enak menjamu selera pada ketika itu sibuk memerhatikan saya. Rasa macam makhluk asing pula.

Saya mengulangi lagi permintaan..."Saya nak nasi putih separuh..." Tetapi pekerja perempuan itu menunjukkan bahasa isyarat tangan tanda tidak faham - berulang-ulang kali. Saya berasa agak takut apabila beberapa orang pekerja lelaki menghampiri saya...

Maka, tanpa berlengah lagi..."Maaf, saya nak telefon suami saya kejap. Nanti saya datang balik..." Itu saja yang mampu saya ucapkan. Saya menoleh seketika, tiada seorang pelanggan Melayu pun di dalam restoran itu. Saya musykil juga, sedangkan saya berada di Selayang, bukannya Nepal, Bangladesh atau negara-negara asing kerana pekerjanya langsung tidak faham bahasa Melayu.

Saya berasa lega kerana tidak lama kemudian suami saya muncul. Saya terus menceritakan keadaan tadi. Rupa-rupanya dia juga pernah terkena. Kebanyakan restoran di situ berkemungkinan besar milik warga tempatan tetapi diusahakan oleh warga asing. Kalaulah saya tahu...

Setelah urusan selesai...saya terus memandu ke McD saja...habis cerita. Perut pun kenyang...

3 comments:

asyura said...

kat selayang tuh mmg..lagi2 kat blakang bank..maybank tuh..mostly ramai warga asing duk situ..siap bukak kedai runcit lagi..kalau pi malam2 lg takut..arituh syura nak bayar duit kete kat bank islam..kat situ jer ada branch dia..punyalah ramai macam jadi small dhaka pun ada..takut plak duk situ lama..seb baik bank islam dah bukak kat rawang..tak payah pi selayang lagi...

sophietarmizi said...

tu la psl....rasa cam duk negara asing lak....takut rasanya. nasib baik hubby cpt sampai, kalu tak...huhuhu

midonz said...

byk dah aduan dibuat,pernah dipaparkan di dalam akhbar tentang masalah ini tetapi sekejap je pihak berkuasa menjalankan tugas.. selang minggu kemudian masalah berlaku kembali... Rasa nak buat aduan rakyat TV3 la... jumpa encik karam singh walia lagi bagus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...