PingJe

Friday, October 8, 2010

Berakhirnya satu episod...

Khabar yang diterima amat mendukacitakan
hati kami yang terikat tali persaudaraan,
Perginya dia dirasakan terlalu cepat
kerana kasih sayangnya masih diperlukan.

Tenangnya wajah seakan redha dipanggil
pergi mengadap Kekasihnya di sana,
Sejuk dan kaku terbujur di sana
hingga meruntun jiwa kami yang melihatnya.


Berpisahlah kami dengan jasadnya
hanya doa menjadi iringannya,
Moga rohnya sentiasa aman tenteram
menempuh perjalanan yang sudah tertulis.

Air mata tanda kesayuan
namun kami redha dengan pemergian,
Semua yang berlaku telah tersurat
kerana Allah Maha Penyayang.

Melangkah lesu ke rumah terakhir
melihat dia direhatkan di sana,
Tinggal lah dia seorang diri
namun kami sentiasa akan berbakti.

Talkin dibaca doa dipohon
moga membantu perjalanannya kelak,
Mohon Allah permudahkan segala
kerana kami sangat menyayanginya.

Kepada yang masih bernyawa
harus sentiasa ingat,
Kematian itu telah tersurat...
Jangan terlalu taksub dengan dunia,
Ingatlah kepada akhirat juga.

Mohonlah kemaafan selagi hayat masih ada,
Jangan ditunggu sehingga akhir waktu,
Ingatlah kepada ibu dan bapa,
Berbaktilah selagi kamu mampu.

Kepada yang kehilangan yang tersayang,
Moga sentiasa tabah dan tenang,
Kerana jodoh, pertemuan dan kematian
sudah tersurat dan tidak dapat dielakkan.

Innalillah...Al-Fatihah....

2 comments:

heda said...

alfatihah.. semoga di tempatkn di klgn roh² org yg beriman.. ammiinn..

sophietarmizi said...

terima kasih....insyaAllah....amiiiinnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...