PingJe

Wednesday, September 15, 2010

Straight Dough (Doh roti biasa)

Resepi ni untuk buat roti basic....boleh letak inti kacang, sardin, kari ayam, coklat dan sebagainya mengikut kesukaan anda. Boleh dibentuk pelbagai bentuk dan boleh digulung bersama sosej juga.

Bahan2:
500 g                Tepung High Protein (diayak)
1 sudu besar      Bread Softener
60 g                  Shortening
60 g                  Castor Sugar
2 bj                  Telur (dipukul berasingan)
50 ml               Susu Segar
1 sudu teh        garam

10 g                yeast (dibancuh di dalam 150 ml air sejuk : cold water)

Cara membuatnya:

Campur kesemua bahan2 di atas dan uli tepung sehingga sebati. Jika kelihatan tepung kering, boleh ditambah susu sedikit demi sedikit. Letak dalam mangkuk / besen sederhana besar. Tutup dengan kain bersih dan biarkan di tempat agak hangat selama 1 jam.

Setelah doh kembang, bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda. Isi inti pilihan anda dan sapukan telur di atas roti tadi.

Bakar dalam ketuhar 165' C. Selama 30 minit (mengikut suhu sesuai dengan oven anda)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...