PingJe

Monday, September 6, 2010

Raya oh Raya....

Apabila ditanya tentang Raya...banyaklah jawapannya;
Ada yang suka dan ada yang berduka,
Namun yang penting niat untuk menyambutnya
Adakah sama dengan yang dituntut Agama?

Apabila disentuh akan perihal Raya;
Maka berpusu-pusulah manusia
Bersiap sedia untuk menyambutnya
Sehingga ada yang terlupa akan pada yang tiada.
Mungkin itu segelintir cuma...

Apabila disentuh isu Raya,
Ada yang bergaduh memilih lokasi utama;
Ke rumah ibu atau mertua?
Ada yang bercerai berai atau bermasam muka.

Apabila melihat si kecil memperaga pakaian baru,
Mungkin ada antara kita yang hatinya sayu
Mengenangkan kisah-kisah dahulu
Sewaktu kita kecil sebegitu.

Apabila bercerita mengenai Raya,
Ketupat dan dodol juadah istimewa,
Menjamu selera pada pagi Hari Raya;
Sebulan kita menyambut Hari Bahagia
Kelak jangan terlupa mengganti kehilangan Puasa.

Gendang gendut tali kecapi,
Gendang yang besar tidak terperi,
Hari Raya bakal disambut nanti,
Marilah kita kunjung-mengunjungi.

Salam Aidilfitri...salam lebaran
Kepada semua rakan dan taulan;
Tidak kulupa kepada keluarga tersayang
Moga ukhwah kita kekal berpanjangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...