PingJe

Tuesday, September 28, 2010

Demam Raya....

Syawal sudah semakin di tengah. Makin mahu meninggalkan kita semua. Berkat bulan Syawal masih terasa. Sudahkah anda melaksanakan puasa sunat Syawal? Atau pun masih lagi menjamu selera di rumah2 terbuka? Hmmm...bab puasa sunat memang nampak ringan, tetapi pahalanya banyak bagi orang2 yang masih mengejar nikmat Ramadhan hingga Syawal.

Alhamdulillah, saya sudah selesai menjalani puasa sunat 6 hari di Bulan Syawal bermula hari Raya ke-2. Rasionalnya? Saya tak sanggup untuk berpuasa di sekolah dengan suasana yang meletihkan. Lagipun, semangat untuk berpuasa lebih tinggi.

Nasib baik puasa ganti dan puasa sunat sudah selamat dikerjakan. Hampir dua minggu beraya, saya diserang demam panas yang tidak melampau. Cuma keletihan yang mengganggu tugas saya di sekolah. Mungkin kerana asyik dengan minuman berais sehingga tekak menjadi perit dan hampir hilang suara. Sebagai guru, suara itu satu medium yang paling penting. Dan mengajar di kelas yang memerlukan suara yang lantang agak menyukarkan saya ketika ini.

Mungkin dugaan selepas raya. Nasib baiklah tidak melarat. Cuma badan asyik sakit2 sahaja. Nasihat saya...makan tu makan juga, tapi harus beringat dengan kadar kalori dan lemak semasa raya. Jangan pula puasa sebulan dihabiskan dengan 'melantak' semua jenis makanan berat selama sebulan juga. Kasihankan perut anda yang baru nak serasi dengan diet seimbang...

Makan sederhana dapat mengelakkan masalah kesihatan. Renung2kanlah...Salam Syawal...

1 comment:

midonz said...

Lambakkan undangan rumah terbuka sana sini menyebabkan diet tidak teratur dengan baik. Maklumlah,raya sebulan maka tidak hairanlah fenomena 'makan tak hengat' berlaku pada bulan Syawal :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...