PingJe

Monday, August 9, 2010

Rehat sekejap...

Aman ingin menjadi seorang yang berilmu. Maka dirasakan dia perlu untuk menjelajah ke pelusuk tanah air untuk mencari ilmu dan pengalaman. Suatu hari, Aman pergi ke suatu tempat di mana semuanya menunggang kuda. Bertanyalah dia kepada seorang lelaki yang berbadan tegap memegang tombak.

Aman: Mengapa orang-orang di sini semuanya menunggang kuda? Bukankah mereka mempunyai kaki?
Lelaki: La...kamu ni datang dari ceruk mana? Jika ada haiwan yang sanggup ditunggang, maka gunalah
           ia. Buat apa menggunakan kaki?
Aman: Bukankah lebih elok menggunakan kaki jika hendak ke rumah jiran yang jauhnya hanya sedepa?
Lelaki: Tenaga kami akan dibazirkan. Huh...

Aman beredar dari situ dan meneruskan perjalanan. Kali ini dia tiba di perkampungan di mana nelayan hanya
berenang untuk menangkap ikan.

Aman:      Mengapa tidak dibuatkan perahu untuk menangkap ikan?
Nelayan:   Membazir tenaga sahaja jika mengambil masa untuk membuat perahu.
Aman:      Bukankah akan lebih membantu jika ada perahu?
Nelayan: Masa yang dihabiskan untuk membuat perahu lebih baik digunakan untuk berenang sambil 
              menangkap ikan. Huh...

Aman kehairanan. Dia berjalan lagi. Hari sudah hampir malam. Dia menumpang di sebuah pondok buruk dan ternampak seorang lelaki menghampirinya.

Lelaki:    Kenapa kamu duduk sahaja di sini?
Aman:    Menumpang untuk berehat semalaman.
Lelaki:   Pondok buruk ini tiada penghuni. Baik kamu beredar.

Aman:   Mengapa?
Lelaki:  Seingat saya, lelaki yang menumpang tidur di sini bulan lepas tidak nampak-nampak kelibatnya pada
            siang hari.
Aman: (Sedikit takut)...Emm..baiklah.

Aman berjalan lagi. Keletihan. Tiba-tiba dia ternampak sebuah rumah yang bercahaya terang.

Aman:     Tuan rumah...oi Tuan Rumah...
Wanita:   Emm...apa yang kamu nak?
Aman:    Saya ingin menumpang tidur di beranda.
Lelaki:   Boleh, tapi kamu perlu membayar sejumlah wang sebelum kamu tidur.
Aman:   Mengapa?
wanita:   Mana ada benda percuma di sini!
Aman:   Emmm...baiklah...

Aman tersenyum memikirkan perjalanan yang sengaja ditempuhi untuk menilai kehidupan orang lain. Benarlah kata ustaz yang ditemui malam tadi sebelum memulakan perjalanan

Manusia akan sentiasa memberi alasan jika inginkan sesuatu atau mengelakkan sesuatu. Sedangkan, otak yang dikurniakan itu tidak  digunakan dengan sempurnanya.

Moralnya:

Tempat 1:
Perasaan malas memang sudah sebati dengan diri kita. Kita mungkin sudah selesa dengan cara hidup kita dari kecil hingga dewasa. Jika takdirnya dugaan hebat melanda, mampukah kita mengatasinya? Kadang-kadang kita perlu berubah mengikut masa dan ketika. Buangkan sifat malas dari dalam diri.
Tempat 2:
Jika otak itu digunakan seratus peratus, nescaya nelayan itu akan dapat hasil yang lumayan. Jika membuat perahu mengambil masa 2 minggu, dengan menggunakan perahu tersebut, dia akan dapat menangkap ikan selama beberapa bulan untuk menyara keluarganya.

Tempat 3:
Masyarakat sering dimomokkan dengan perkara-perkara tahyul di sekitar kita. Benda itu wujud, namun jangan terlalu taksub akan kejadiannya kerana kejadian manusia itu lebih hebat dari kejadian mereka. Takutlah hanya kepada Allah!

Tempat 4:
Wang adalah punca segalanya. Baik atau buruk, jika melibatkan wang akan menyebabkan manusia hilang pegangan dan arah. Gunakanlah wang ke arah kebaikan. Bersedekahlah kepada orang yang memerlukan kerana tidak akan jatuh papa jika kita bersedekah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...