PingJe

Monday, August 16, 2010

Puding Jagung

3 Jantung / Biji jagung mentah - dihiris isinya nipis2
300g tepung kastard
santan 1 1/2 biji
16 sudu besar gula (mengikut kesukaan)
1 sudu teh garam
2  liter air (ikut kepekatan semasa mengacau)

Cara2 membuat:

1. Campur kesemua bahan di dalam kuali besar.
2. Kacau hingga pekat dan sehingga tepung kastard likat dan jagung betul2 masak.
3. Jika perlu, tambahkan air panas untuk memastikan jagung betul2 masak dan bancuhan likat.
4. Jika diangkat dan puding tidak mudah jatuh dari sudip, puding telah siap.
5. Bubuh dalam loyang. Sejukkan.

Sesuai untuk berbuka. Jimat belanja. Selamat mencuba....:D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...