PingJe

Sunday, August 15, 2010

Puasa...Raya...vs...Nafsu...Shopping..

Tema baju apa ye tahun ni? Apabila soalan ini diajukan kepada suami, dengan selambanya dia menjawab ..."Cari saja baju Melayu abang yang masih elok lagi, padankan dengan baju itu..." Senang saja bunyinya apabila lelaki bersuara. Saya bukannya apa, semasa kecil, tidak merasa untuk memakai pakaian sedondon kerana ayah tidak begitu mengambil berat akan hal itu. Teringin juga memakai baju yang sama warna ketika beraya di rumah sanak saudara.

Tapi, semangat beraya tahun ini agak pudar seperti tahun2 lepas. Mungkin faktor usia memainkan peranan. Puasa tetap dijalankan dan selalu memohon agar puasa mendapat keberkatan. Kembar saya semakin seronok berpuasa ...Alhamdulillah. Sudah tahu untuk menunggu waktu berbuka dengan sabar. Walaupun baru hari ke-5, sudah mula bertanyakan kasut raya, baju raya dan macam2 lagi. Sebenarnya, saya dan suami agak runsing sedikit kerana persiapan persekolahan tahun hadapan perlu dibuat sebelum cuti Disember ini. Kami berdua tidak mahu berebut-rebut untuk membeli kelengkapan sekolah.

Mempunyai anak kembar agak mencabar dari segi kewangan. Kami semakin runsing kerana harga barang semakin naik. Kami harus menyediakan kelengkapan sekolah rendah dan sekolah agama. Maka, raya tahun ini kami akan sambut secara sederhana kerana tidak perlu membazir.

Sudah beberapa tahun saya jarang membeli kuih raya kerana suami sukakan hasil tangan isterinya sendiri. Kadang2 hairan juga melihat ada orang yang sudah mennyediakan tempahan seminggu sebelum berpuasa. Seringkali soalan menerjah minda saya...Perlukah menyediakan sehingga berjenis2 kuih raya sedangkan apa yang dituntut adalah kesederhanaan ketika berpuasa dan menyambut lebaran.

Ada juga yang 'terlupa' menggantikan puasa sehingga hampir tiba Ramadhan. Semenjak berkahwin. suami sering menggalakkan saya berpuasa pada hari ke-2 Syawal jika tidak perlu ke mana2. Malah, dia akan bersama-sama berpuasa mengikut jumlah hari yang saya harus ganti. MasyaAllah. Besar Kurniaan Allah kepada saya. Sudah 8 tahun saya berjaya mengerjakan sunat 6 hari Syawal dan terus menggantikan puasa yang tertinggal. Saya tidak berapa faham dengan konsep meninggalkan puasa sehingga hampir Ramadhan tahun berikutnya (yang sering disebut2 oleh orang2 di sekeliling saya). Jikalau nyawa kita diambil sebelum sempat menggantikannya, bagaimana pula ya?

Sambutan hari lebaran juga ala kadar. Saya tidak suka membeli pakaian yang terlalu mahal berbanding dengan orang 'berada'. Lagipun orang tidak akan membelek baju kurung saya dan bertanya..."Berapa sepasang?" Saya rasa Ramadhan ini mengajar umat Islam supaya bersikap sederhana, berbelanja ala kadar, dan mengingati orang yang susah. Tetapi, di sekeliling saya...orang sibuk bershopping sampai tak ingat berapa ratus / ribu wang yang dibelanjakan, sedangkan tuntutan Islam itu...KESEDERHANAAN.

Mungkin orang akan berkata...Saya ni hipokrit...Emmm...saya rasa semua manusia itu ada keperluan untuk bersikap hipokrit...tetapi, saya tetap berasa bahawa ramai orang zaman sekarang suka sangat membazir dalam pelbagai bentuk....contohnya...Semasa berbuka puasa dan membeli Keperluan Hari Raya. Tidak perlu dihuraikan kerana hal itu memang jelas nyata......

Saya ada mendengar ceramah agama..."Memanglah makanan yang dijual ada pelbagai jenis, namun, janganlah diturutkan nafsu kerana tujuan utama kita berpuasa adalah untuk mengawal nafsu..."
Jika kita mengikutkan nafsu...puasa sehari itu tidak ada faedahnya dan kurang pahalanya di sisi Allah.

Kita harus saling ingat-mengingati. Ada sebabnya mengapa kita diwajibkan berpuasa dan menyambut hari Raya Puasa. Dan ingatlah...seelok-eloknya gantikanlah puasa yang ditinggalkan (sengaja / tidak) dalam bulan Syawal kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tinggi...InsyaAllah....

2 comments:

Anonymous said...

Gastrik bukanlah alasan untuk kita ponteng puasa.. Kaum lelaki selalu jadikannya sebagai alasan untuk tidak berpuasa.. harus ada perasaan malu pada warga emas yang mampu berpuasa malah turut solat terawih berjamaah pula tu..

sophietarmizi said...

hmmm....betul tu...sokong 100%

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...