PingJe

Thursday, August 19, 2010

Poligami....indahkah?

"Kak...kalau suami akak nak kahwin lagi satu, akak bagi tak?" satu soalan yang dikemukankan oleh rakan setugas yang agak rapat dengan saya di sekolah. Saya terdiam sejenak memikirkan jawapan yang sesuai. Bohonglah jika saya katakan saya akan memberi keizinan jika suami saya ingin mencari madu untuk saya.

Madu itu tetap ada rasa pahitnya. Yang jelas bahawa setiap wanita perlukan dahan untuk bergantung dan setiap lelaki perlukan teman untuk sehidup semati (insyaAllah). Tapi isunya sekarang, perlukah berpoligami jika si isteri telah melaksanakan semua tugasnya dengan sempurna? Di sekeliling kita terdapat ramai lelaki yang berpoligami sama ada diketahui oleh isteri atau tidak. Jika isteri inginkan payung emas, maka wajarlah dia memberi keizinan untuk suaminya berpoligami.

Maka, jawapan saya agak mudah : Boleh berkahwin lagi tetapi jika cukup syarat-syaratnya. Namun, hidup kami tidaklah semewah untuk suami saya mencari yang lain. Jika hidup mewah, mungkin peluang saya mendapat madu akan lebih cerah (hmmm...mintang simpang jauh2).

Saya pernah bertanyakan hal ini kepada suami dan dia menjawab : Memang pernah terlintas untuk pasang dua, namun dia tidak sanggup kerana saya telah bersusah payah hidup bersama dengannya dan menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya. Bohonglah jika seorang lelaki itu tidak pernah terlintas untuk mencari teman baru.Sememangnya fitrah wanita itu setia kepada suami, namun itu tidak bermakna wanita itu lemah akal dan daya tenaganya. Seorang suami yang baik dan adil akan sentiasa menjaga hak isterinya dan tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya. Walaupun lelaki itu mampu, perlu diingat : Tidak semua wanita mampu menerima kehadiran orang baru. Sedangkan isteri Nabi turut berasa cemburu, inikan pula kaum wanita yang kekurangan segala benda.

Fitrah lelaki sebegitu, namun ia boleh dielakkan dengan cara baik. Tidak perlu menyusahkan mana2 pihak. Jika isteri membenarkan, maka jangan pula abaikan hak isteri pertama. Kadang2, pucuk muda terlalu disayangi hingga terlupa ada orang lain yang menunggu gilirannya dengan sabar.

Poligami memang ada kebaikan dan keburukan. Jika mampu dan diizinkan, laksanakan tugas sebagai suami yang baik, adil, setia dan bertanggungjawab terhadap segala keperluan isteri2 dan keluarga. Jangan pula sanggup membiarkan mereka terbiar tanpa kasih sayang.

Cuma satu sahaja soalan saya : Perlukah berpoligami?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...