PingJe

Tuesday, August 3, 2010

PERSONALITI VIOLET

SOSIAL:
1. Dinamik, berkarisma, bervisi, perwatakan yang mantap dan amat berharap dapat memberi sesuatu yang positif kepada masyarakat.

2. Bijak menguasai kebijaksanaan diri & gerak hati mereka. MERAH & BIRU membantu mereka menjadi orang yang gagah, bersemangat dan daya berhubung yang baik.

3. Tidak berapa sukakan aktiviti sosial kerana emosi & fizikal yang sensitif. Mudah terasa hati & suka mengambil perkara terlalu serius.

4. Tidak sukakan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak & berbual2 kosong.

5. Gemar berbincang sesuatu yang penting & bermatlamat. Sukakan komunikasi yang mendalam & bermakna. Mempunyai visi & misi hidup yang jelas.

6. Berkomunikasi secara lembut & sopan. Menggunakan perasaan dalaman & naluri dalaman semasa berkomunikasi.

7. Mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang belum terfikir oleh orang lain. Umpama mempunyai deria keenam / mata ketiga.

8. Suka tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Mereka hidup dalam alam yang mereka cipta & kadang2 tidak praktikal dilihat oleh orang lain.

9. Suka berfikir jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Suka mengekalkan jarak selamat antara mereka dengan masyarakat.

10. Mungkin ada orang menganggap mereka sebagai kera sumbang, tetapi mereka tetap percaya dengan tindakan mereka.

11. Perlu bersikap lebih terbuka dalam perhubungan supaya tidak disalah anggap.

12. Sukakan perubahan. Mempunyai kekuatan untuk merubah sesuatu.

13. Suka memberi inspirasi & bantuan kepada masyarakat. Memberi dorongan & semangat dan bagai ada magnet yang menjadikan mereka idola.

14. Begitu menghayati muzik. Muzik menjana kuasa & tenaga dalaman mereka.

15. Tidak sukakan kesusahan, kesempitan. Sukakan kemewahan.

PERHUBUNGAN:

1. Tidak sukakan hubungan berbentuk kerjasama / perniagaan.

2. Sukakan orang2 yang memahami visi & misi mereka.

3. Begitu memilih pasangan. Cita rasa agak tinggi.

4. Reaksi emosi mereka dipengaruhi sifat2 sensitif, keghairahan, berdikari & kecekalan.

5. Mengharapkan sesuatu yang berterusan & merangsang minda mereka.

6. Jika pasangan tidak sesuai, boleh mengganggu keseimbangan mereka.

7. Sesuai dengan BIRU. : berkongsi emosi & perasaan.

8. JINGGA: perlu beri sedikit kebebasan kerana JINGGA tidak suka dikongkong.

9. MERAH: mampu membakar semangat & beri dorongan kepada mereka.

10. Tidak sesuai dengan KUNING : tidak sukakan sifat sambil lewa KUNING.

11. Mereka mempunyai sifat dominan dalam perhubungan. Jadi mereka perlu untuk mengenalpasti kelemahan & kekuatan pasangan supaya hubungan dapat dikekalkan. Mereka juga perlu bertolak ansur dalam perhubungan.

KEWANGAN & KERJAYA:

1. Menggunakan wang dengan berhati2. tidak memerlukan wang untuk keperluan diri sendiri. Suka menghayati kemewahan mereka.

2. Menggunakan wang untuk membantu masyarakat. Sanggup berbelanja besar semata2 untuk melaksanakan visi / misi mereka terhadap masyarakat.

3. Bijak mencari penyelasaian bagi sesuatu masalah.

4. Mampu menjadi ketua yang baik. Memimpin menggunakan emosi dalaman mereka dan bijak menggunakan cara yang sesuai.

5. Kadang2 bersikap autokratik / diktator.

6. Sukakan pekerjaan yang melibatkan komunikasi & hiburan.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Ahli muzik / pelakon / pengkarya / pencipta

2. Pensyarah / pemimpin organisasi / ahli perniagaan

3. Ahli politik / Ahli perniagaan / pengurus projek

KEIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Perlu belajar fokus kepada kelebihan mereka supaya dapat hidup dalam alam yang nyata dengan lebih baik lagi.

2. Mudah terasa dan sensitif. Perlu belajar mengawal emosi mereka.

3. Kurang keyakinan terhadap naluri mereka sendiri. Kadang2 mengkritik diri sendiri.

4. Walaupun berjaya dalam projek / perkara yang dilaksanakan, mereka tetap kecewa jika tahap itu tidak sampai pada had yang ditetapkan.

5. Perlu belajar menerima takdir dan berpuas hati jika itu yang terbaik yang telah dilaksanakan.

6. Mempunyai tenaga yang agak banyak. Dianggap bernasib baik dan bertuah. Ini disebabkan mereka pandai menyalurkan tenaga kepada yang memerlukan / perkara yang penting.

7. Senaman fizikal amat sesuai dengan mereka untuk menjana tenaga.

8. Mendengar muzik juga amat disukai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...