PingJe

Tuesday, August 3, 2010

PERSONALITI INDIGO

SOSIAL:
1. Banyak bermain dengan perasaan dalaman mereka. Suka mencari kebenaran yang hakiki. Berharap dapat meneroka rahsia alam. Mereka unik dan berbeza sedikit daripada personaliti lain.

2. Mereka tidak suka diarah atau disuruh. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Kurang gemar melibatkan diri dengan masyarakat. Tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan jika tidak berasa selesa.

3. Mementingkan aspek rohani. Berfikir jauh daripada orang lain. Tetapi mereka bukan anti sosial. Mereka prihatin terhadap isu semasa tetapi mengambil pendekatan yang berbeza.

4. Pemalu. Suka bersembunyi daripada masyarakat dan konservatif. Tidak suka pada agenda politik / perkara yang mempunyai muslihat tertentu.

5. Gemar bersendirian dengan kumpulan yang menekankan aspek keagamaan / kerohanian. Kurang gemar bersosial tanpa tujuan.

6. Sensitif & peka terhadap perasaan orang lain.

PERHUBUNGAN:

1. Setia kepada pasangan. Berhati-hati dalam mencari / memilih pasangan. Mampu memahami & menyayangi pasangan dengan baik. Berharap pasangan yang ditemui adalah jujur dan boleh dipercayai.

2. Mengharapkan pasangan yang memahami jiwa & perasaan mereka yang sensitif.

3. Mengambil berat & sukakan perhubungan yang berbentuk hati ke hati.

4. Hubungan intim harus melibatkan hati & perasaan untuk membentuk hubungan yang baik.

5. Soal dalam bilik tidur terlalu personal & privasi . Mereka tidak suka bercakap mengenainya walau dengan rakan.

6. Suka bersama Personaliti VIOLET : membantu mereka untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

7. KUNING & HIJAU senang bergaul dengan mereka. Senang bersantai & berurusan dengan mereka.

8. Umumnya, mereka mempunyai gabungan naluri lelaki & wanita dalam jiwa mereka. Jadi, mereka seolah2 mempunyai 2 alam yang berbeza.

9. Lelaki : tubuh & system saraf yang sensitif menyebabkan penampilan mereka agak lembut yang agak istimewa. Maka mereka harus pandai menggayakan penampilan diri agar orang lain tidak terkeliru dengan sifat semulajadi mereka.

10. Lelaki : kebanyakan menguasai bidang fesyen, kecantikan, tarian & lain2 yang berkaitan wanita.

KEWANGAN & KERJAYA:

1. Prihatin & memahami konsep kewangan. Bijak menguruskan kerjaya & wang. Terdiri dari kalangan yang jujur. Wang bukanlah perkara keutamaan. Sukakan sesuatu yang lebih mulia daripada wang.

2. Bagi mereka wang tidak dapat menunjukkan kebenaran.

3. Mampu menjadi pemimpin yang baik. Peka dan menggunakan naluri dalaman dalam kepimpinan. Berdikari & kreatif.

4. Integriti yang tinggi. Jujur & ikhlas semasa bekerja. Rakan sekerja yang baik. Suka memberi semangat & mementingkan komunikasi dalam pasukan.

5. Lebih mengikuti naluri / kata hati ketika membuat keputusan. Amat memerlukan ruang bagi diri mereka – sama ada bekerja atau di mana-mana.

6. Sukakan kerjaya yang dapat membantu orang lain.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Ahli perubatan kerohanian / jururawat / ahli psikologi

2. Guru / Ahli muzik / penulis / pereka

3. Badan amal / bahagian sumber manusia.

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Jika mereka tidak dapat menolong orang lain, mereka mudah mengasingkan / menyembunyikan diri daripada orang ramai.

2. Harus bijak mengimbangai kesihatan dalaman & luaran. Harus pandai dalam merealisasikan perhubungan.

3. Mudah tertekan dengan isu2 semasa yang melanda. Mudah mengalami gangguan emosi jika dibiarkan. Harus lebih menyanyangi diri sendiri.

4. Senaman adalah cara terbaik mengatasi stress. Cubalah bermeditasi, berjalan, berenang dan mendengar muzik untuk menjana kembali tenaga yang digunakan.

5. Cuba untuk beri lebih ruang terhadap keperluan diri sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...