PingJe

Tuesday, August 3, 2010

PERSONALITI HIJAU

SOSIAL:
1. Personaliti yang seimbang, natural, harmoni, & cintakan kedamaian. Sukakan hubungan manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

2. Sukakan flora & fauna.

3. Rapat dengan rakan dan keluarga. Berkomunikasi dari hati. Berharap mereka diterima dalam kelompok yang disertai, tidak dipandang mudah dan amat mengambil berat akan hal2 yang melibatkan emosi & perasaan.

4. Mementingkan keseimbangan dalam semua hal. Sukakan kepada sesuatu yang stabil, seimbang, harmoni, selesa & tenang.

5. Kemewahan bukanlah perkara utama dalam hidup. Mampu mencipta keharmonian dalam kehidupan. Sentiasa bersikap bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

6. Suka dan pandai berbicara. Mampu bercakap pelbagai topik dalam beberapa jam. Mengahayati perkara melalui perasaan. Pandangan & pendapat ikhlas akan diberikan jika diminta pendapat.

7. Suka berterus terang & tidak berselindung. Bersikap terbuka, natural & seimbang.

8. Kadang2 suka bercakap perihal mereka sendiri dan boleh menyebabkan orang lain kurang selesa. Jadi, beri lebih tumpuan semasa sesi mendengar bersama rakan.

PERHUBUNGAN:

1. Sangat mementingkan perhubungan. Menjadi satu kejayaan jika mempunyai ramai teman yang akrab kerana begitu mementingkan hubungan antara manusia.

2. Mengharapkan galakan & sokongan daripada keluarga & teman dalam semua hal yang dilakukan.

3. Komunikasi yang baik : belajar banyak perkara daripada orang lain. Tidak sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Tetapi perlu diingat, perlu membataskan hubungan kerana mungkin ada pihak yang kurang selesa dengan sifat semulajadi ini.

4. Menikmati hubungan intim yang aktif dan bertindak secara semulajadi. Tidak menganggap hubungan seksual itu satu kepentingan tetapi lebih kepada fitrah semulajadi manusia itus sendiri. Mereka tidak akan melakukannya dalam keadaan tidak tenang atau kurang selesa. Sangat mementingakan pasangan masing-masing kerana mereka pendengar yang setia.

5. Sesuai dengan Personaliti VIOLET, tetapi lebih tertarik dengan MERAH & KUNING.

6. MERAH : dapat menyerlahkan potensi HIJAU.

7. KUNING: dapat memberikan keceriaan & kegembiraan kepada HIJAU.

KEWANGAN & KERJAYA:

1. Mempunyai keinginan memiliki wang yang banyak & dan hidup dalam kesenangan. Tetapi bukanlah daripada kalangan yang kuat bekerja. Kurang komited terhadap tugas & sering mengharapkan orang lain menjanakan wang bagi pihak mereka.

2. Jarang mahu berfikir secara tekun & kreatif dalam usaha menjana kewangan. Cepat selesa dengan cara konvensional (lama) asalkan pendapatan berterusan.

3. Gemar bergantung kepada orang lain. Tidak sukakan kesusahan hidup kerana itu akan menyebabkan mereka berasa susah & tidak tenang.

4. Jimat berbelanja dan pandai berjimat cermat dalam pengaliran wang. Bersederhana. Tidak sukakan masalah kewangan. Tidak berani mengambil risiko yang tinggi bila melibatkan kewangan.

5. Tidak mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak kompetitif. Pada mereka, hukum alam akan menentukan segala-galanya.

6. Bijak berkomunikasi untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Mudah percaya & menerima idea orang lain. Perlu diingatkan bahawa perlu berhati-hati dengan orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan anda.

7. Berfikir secara strategic & sistematik dalam semua hal. Tahu membezakan rakan dengan musuh. Mempunyai gerak hati yang kuat. Bijak membuat pilihan.

8. Kurang berstamina. Sukakan kerja yang melibatkan interaksi. Tidak suka keadaan yang lasak.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Peladang / pekebun / penternak / peniaga hasil pertanian

2. Juruterapi / kaunselor / pensyarah / guru / pendidik

3. Peguam / doctor

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Kesihatan yang baik & menakjubkan kerana bergantung kepada alam sekitar. Gaya pemakanan & gaya hidup yang sihat membantu mereka mengharungi kehidupan dengan lebih baik.

2. Sukakan ketenangan. Tidak sukakan stress dan akan cuba melarikan diri daripada stress dengan mengamalkan aktiviti kesihatan.

3. Beristirahat : membantu menjana tenaga yang digunakan. Mengelakkan stress berlebihan dan menikmati keindahan alam semulajadi.

4. Perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal supaya dapat lebih tenaga dan aktif. Libatkan diri sama ada aktiviti untuk fizikal atau minda.

5. Bijak dalam memikirkan idea yang bernas, rasional & seimbang.

6. Selalu menjadi pendamai jika menghadapi masalah. Bijak berkomunikasi banyak membantu. Daya kestabilan diri yang tinggi menjadikan mereka pendengar, penyembuh dan penyelesai masalah yang bagus.

7. Perlu lebih peka terhadap orang & alam sekeliling supaya lebih dihargai dan menjadi idola yang memerlukan.

2 comments:

Cebisan said...

Suka kaler hijau sangat². N brown. Hehe .

sophietarmizi said...

dah buat test ke?

sy suka jugak warna hijau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...